Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JPN DAH KECUT

PAS tuntut suruhanjaya siasat seleweng MyKad jadi pengundi

September 21, 2011
PUTRAJAYA, 21 Sept — Dewan Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendesak agar suruhanjaya diraja diadakan untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran MyKad kepada warga asing, yang didakwa membolehkan mereka menjadi pengundi.

Sayap pemuda PAS itu mengemukakan siri dakwaan berkaitan sejak kebelakangan ini - daftar pemilih tidak bersih antara lain menyertakan rakyat asing sebagai pengundi.

Dakwaan itu turut dikemukakan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat. Sehubungan itu Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, Dewan Pemuda PAS akan memantau respons JPN dan jika tiada sebarang tindakan susulan, sayap itu  akan merancang bentuk tindakan yang lain.

“Kita bukan hantar memorandum ini begitu sahaja, tetapi kita bagi tempoh masa yang munasabah untuk JPN bertindak.

“Kalau tak ada sebarang tindakan diambil terhadap aduan ini, kami akan memikirkan bentuk tindakan lain,” kata beliau selepas menyerahkan memorandum kepada JPN hari ini.

Memorandum diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Zulkifli Rahmat. Turut hadir menyerahkan memorandum ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi sayap itu Suhaizan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.