Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU TELANJANG TIDAK SIAPA YANG ROGOL PAK !

 SENGGOL - SENGGOLAAAN ! OOOO OH ! ROGOL - ROGOLAAAAN !

Kalau Dah Jahil, Jangan Pula Tunjukkan Kejahilan Tu...

>> 19 September 2011

Rogol: Jangan salahkan kami, wanita skirt mini Indonesia kecam kerajaan
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam protes mengecam kenyataan berkaitan dengan pakaian wanita di Jakarta, Indonesia itu hari ini. — Foto Reuters

JAKARTA, 18 Sept — Puluhan wanita dan kanak-kanak dengan mengenakan skirt mini dan seluar ketat berhimpun di tengah Jakarta hari ini sambil mengecam kenyataan seorang pegawai kerajaan yang mendakwa pakaian yang “provokatif” sebagai punca serangan seksual.

Protes itu diadakan ekoran kenyataan gabenor Jakarta Fauzi Bowo yang kelmarin berkata kaum wanita tidak harus mengenakan pakaian-pakaian mendedahkan aurat jika mahu mengelak mereka menjadi mangsa rogol atau mana-mana bentuk serangan seksual.

Fauzi dengan segera memohon maaf tetapi kenyataannya mendapat liputan meluas menerusi media tempatan dan Twitter.

Protes hari ini menggesa pihak polis dan kerajaan Indonesia mengambil tindakan lebih menyeluruh untuk melindungi kaum wanita dan membantu mangsa serangan seksual.

Para peserta membawa sepanduk tertera mesej “Jangan beritahu kami bagaimana untuk berpakaian, beritahu mereka jangan merogol”, dan “Badan saya bukan lucah, sebaliknya minda anda kotor”.

“Pegawai-pegawai kerajaan seharusnya berdiam diri daripada membuat kenyataan berbaur diskriminasi terhadap wanita.

“Mereka seharusnya sensitif dan menjadi tanggungjawab mereka mencari penyelesaian ke atas kes-kes keganasan terhadap wanita,” kata jurucakap penganjur protes Tunggal Prawestu.

Awal bulan ini seorang wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah van mini, yang digunakan sebagai pengangkutan awam, pada lewat malam.

Mengikut data Suruhanjaya Nasional Indonesia Bagi Hal Ehwal Wanita terdapat lebih 100,000 kes keganasan ke atas wanita tahun ini. Empat peratus daripada kes itu melibatkan kejadian rogol. -Reuters/TMI

Jahil ada di mana-mana, gabenor itu berkata kaum wanita tidak harus mengenakan pakaian-pakaian mendedahkan aurat, gabenor hanya menyampaikan saranannya terus dia menjadi kecaman. Kalau dah jahil tu, jangan pula tunjukkan kejahilan tu...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.