Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMUNGKINAN ZAID SERTAI UMNO

Nik Aziz dakwa Najib mansuh ISA kerana terdesak

ZAID DAH NAMPAK UMNO BETUL, DULU DIA KELUAR UMNO SEBAB ISA, MUNGKIN PARTI DIA AKAN  MINTA SERTAI BN ATAU DIA DITINGGALKAN AHLINYA KEMUDIAN DIA MASUK BALIK UMNO
 
September 16, 2011
 
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana berhadapan dengan saat-saat terdesak sekarang.

Nik Aziz (gambar) berkata akta yang berusia lebih lima dekad itu sepatutnya telah lama dimansuhkan tetapi hanya mahu diketepikan sekarang.

“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia,” kata beliau.

Anak Nik Aziz, Nik Adli, merupakan salah seorang yang pernah ditahan di bawah ISA selama lima tahun dan dibebaskan pada Oktober 2006.

Dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini, Nik Aziz berkata: “Saya ditanya tadi oleh wartawan tentang pengumuman pemansuhan ISA. Saya katakan, setelah berpuluh ulama ditahan di bawah akta zalim ini, kerajaan baru menyedari ISA perlu dimansuh?”

Beliau seterusnya bertanya adakah keadaan sudah aman sekarang sehingga ISA boleh dimansuh dan jika begitu, “tidak benarlah apa yang digembar-gembur sebagai ancaman terhadap perpaduan dan usaha menghidupkan semula ideologi komunis pada hari ini?”

“Atau sememangnya ISA sejak dahulu lagi sebenarnya zalim atau apa yang digembar-gembur sekarang hanyalah khabar angin sahaja?” kata beliau lagi.

Nik Aziz berkata, beliau menyertai PAS ekoran melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama di Kelantan dengan dikenakan tindakan di bawah ISA.

“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Ke-54 di Machang, Kelantan hari ini.

Justeru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman jika rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.
“Alim ulama adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam,” tambah beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.