Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khalid: Saya tak musuhi Mais dan Jais, tapi tak rela dinodai Umno

September 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau tidak memusuhi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ataupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang minggu lalu mengenakan tindakan undang-undang ke atas beliau berhubung isu beri ceramah agama tanpa tauliah.

Sebaliknya tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor ini, beliau hanya menentang usaha menodai Mais dan Jais pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

“Ada yang mengatakan saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam tidak sepatutnya memusuhi Mais dan Jais. Hakikatnya, saya tidak memusuhi Mais atau Jais. Saya hanya menentang usaha menodai Mais dan Jais oleh pemimpin Umno,” kata beliau dalam entri terbaru blognya mengulas serangan pemimpin-pemimpin Umno ke atas beliau ekoran tindakannya membangkitkan dakwaan satu pertemuan Mais dan Jais dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam bulan lalu.

Khalid (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, mereka mahu menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendampingi masyarakat Melayu.

“Salah satu saluran yang amat berkesan ialah masjid dan surau. Saluran inilah yang ingin ditutup dengan memutarbelitkan tafsiran undang-undang dan mengapi-apikan semangat anti Pakatan Rakyat di kalangan masyarakat Melayu dan Islam,” katanya.

Pada 6 September lalu, Jais mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah. Turut menerima tindakan Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik balik pada bulan Ramadan lalu.

Perbicaraan ke atas Khalid ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu manakala Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam pula sebagai salah seorang timbalanya.

Rani, Adun Meru, menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri bagi hal ehwal agama sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam tulisannya, Khalid juga berkata, Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal menuduhnya sebagai seorang yang mempunyai sikap semula jadi tidak suka menghormati undang-undang.

“Dengar cakap beliau seolah-olah saya ini kenalan lama beliau sehingga boleh beliau menceritakan ‘sifat semula jadi’ saya. Maaf Ungku, saya tak kenal Ungku! Tetapi dari kata-kata Ungku amat jelas Ungku jenis orang yang suka menuduh tanpa adanya bukti,” tambah Khalid.

Sehubungan itu kata Khalid, beliau ingin tahu undang-undang mana yang telah “saya secara semula jadi tidak hormat dan langgar?”

“Mahkamah mana dan berapa kali dalam hayat saya telah saya didapati bersalah melanggar undang-undang ‘secara semula jadi’? Bila dan berapa tahun saya dipenjarakan atas kesalahan melanggar undang-undang?

“Hakikatnya Ungku hanya sedap bercakap. Saya insya-Allah sangat menghormati undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang Allah dan berusaha mematuhinya. Saya tidak juga secara ‘semula jadi’ melanggar undang-undang manusia lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang Allah,” tegas beliau.

Mengenai dakwaan menyentuh ucapannya di sebuah surau di Sementa, kata Khalid, “saya tidak ‘mengajar’ agama Islam tanpa tauliah.”

“Saya hanya menceritakan pengalaman saya semasa di Gaza, penyerahan sumbangan yang berjumlah RM650,000 sebahagian kepada pertubuhan bukan kerajaan yang diiktiraf kerajaan Palestin dan sebahagian lain kepada fakir miskin di sana,” kata beliau lagi.

Malaha kata Khalid, beliau juga sempena bulan Ramadan telah menyampaikan ucapan Ramadan Kareem bagi pihak Presiden Palestin Ismail Haniyya sepertimana yang beliau telah berpesan kepadanya semasa pertemuan mereka.

“Saya sampaikan juga ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada ahli kariah yang hadir. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya dan juga yang hadir supaya bertindak adil sepanjang masa kerana keadilan adalah lebih rapat dengan sifat ketakwaan.

“Namun ucapan-ucapan yang seperti itu memang tidak disenangi pihak Umno kerana mungkin bagi mereka Islam tidak ada kena mengena dengan sifat keadilan terhadap manusia lain,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.