Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA BUAT SOLAT HAJAT MENGADU DENGAN TUHAN

SESIAPA YANG MEMPERMAINKAN HUKUM HUDUD KITA MINTA KEPADA TUHAN MELALUI SOLAT HAJAT SUPAYA TUHAN AJAR MEREKA ITU, JIKA KITA MINTA BUKAKAN HATI MEREKA KEJALAN TUHAN RASANYA DAH TAK LARAT DAH  DAN MEREKA BUKAN JAHIL AKAN TETAPI PENGKHIANAT AGAMA

Nik Aziz kecewa hudud diberi ‘wajah begitu buruk’

September 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan golongan yang menolak untuk melaksanakan hukum hudud seperti menghina dan mengetepikan ajaran Islam, dan merupakan golongan yang “jahil.”

Nik Aziz (gambar) berkata, kekeliruan tentang hukum hudud berlaku disebabkan pandangan yang dikeluarkan golongan tertentu yang jahil tentang undang-undang Islam itu.

“Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah.

“Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah,” kata beliau.

“Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,” kata Nik Aziz lagi.

Sekalipun ia sudah lama diucapkan, kata beliau,  hakikatnya kata-kata dan ucapan seperti inilah yang memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang hudud.

Berucap merasmikan  Hari Hududullah di Kota Baru, Kelantan pagi tadi, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, disebabkan kekeliruan itu ramai umat Islam dalam negara ini tidak memahami hukum hudud mengikut ajaran Islam.

“Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar.

“Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ‘ouf of date’  dan sebagainya,” katanya menambah, orang bukan Islam turut salah faham tentang undang-undang Islam yang sebenar.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz sebelum ini telah menggubal undang-undang hudud namun tidak dapat dilaksanakan ekoran surat amaran yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nik Aziz pada 8 Jun lalu berkata hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada pemimpin veteran itu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.

Menurut Nik Aziz, isu-isu agama yang berlaku sejak kebelakangan ini menambahkan lagi salah faham dan pandangan serong terhadap ajaran Islam yang sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang berlandaskan prinsip Islam.

“Isu-isu seperti larangan bukan Islam memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.

“Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya sambil menambah, sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud bukan dijatuhkan oleh orang pilitik tetapi hakim yang akan mengadili sebarang perbicaraan.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa hukum hudud ini jika dilaksanakan bukannya dipelopori oleh orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun akan menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu.

“Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga berharap golongan yang menolak hukum hudud “dapat diperbetulkan” selaras dengan kehendak Islam.

 “Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ahli-ahli AGAMA dalam UMNO ibarat AHLI-AHLI KITAB yang terdahulu iaitu sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.Bacalah dalam Al-Quran.banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang ahli-ahli kitab ini yang menyeleweng.Puak-puak UMNO ni asyek syok TADARUS QURAN dalam bulan Ramadhan TAPI tafsir tak baca.Sebab tu tak faham-faham.Ahli-ahli agamanya pula menyorokkan ayat-ayat tertentu yang tak sesuai dengan selera mereka MACAM juga AHLI2 KITAB yang terdahulu.Sebab itu mereka tak suka TAZKIRAH.Mereka suka rakyat ISLAM ni JAHIL.Maka dapatlah mereka tipu dari DULU, KINI dan SELAMANYA. Atok anak murid dari SMJK St.George, Taiping - bukan dari sekolah pondok macam tok2 guru UMNO.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.