Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASHITAH MANA BERANI


Ada Berani Ke Mashitah?

Muslimat PAS ajak Mashitah dialog

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".

Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.

Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.

"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.

"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Menyifatkan artikel tersebut sebagai tulisan yang sangat dangkal dan bertujuan memesongkan pemikiran rakyat terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS, Athirah berkata Mashitah sebagai seorang Sarjana Wanita Islam tidak wajar berbuat demikian.

"Budaya penulisan tidak sihat seperti ini tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bertaraf Senator dan Timbalan Menteri," katanya.

Beliau turut mempersoal sikap Mashitah yang hanya berani melontarkan pandangan bersifat tuduhan melulu melalui media milik Umno BN.

"Ianya sudah menjadi menjadi pemimpin politik yang lemah khususnya dari kalangan Umno BN," katanya.

1 orang berkata:

1Crony said...

Mana mahu marsitah menyertai forum ilmu atau wacana ini. Kalau sesi dandanan rambut atau sesi solekan melentikkan bulu kening dan melicinkan jeragat kat muka, pada bila-bila masapun beliau akan bersetuju. Inilah contohnya manusia akhir zaman yang dimaksudkan Rasullullah SAW, apabila harta, wang dan kuasa sudah menguasai diri, ahli hadis dan penterjemahan Furqan sekalipun akan bersifat munafik dan tidak segan silu melondehkan maruah agama dan hukum Allah demi secangkir nikmat dunia.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.