Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MESIR KEMBALI BERGOLAK

Mesir Kembali Darurat

KAHERAH - Pemerintah tentera Mesir me-ngumumkan akan menggunakan undang-undang darurat di negara itu, kelmarin, menandakan kekacauan kembali tercetus, dipercayai akibat ketidakpuasan hati rakyat terhadap pentadbiran Majlis Tertinggi Tentera.

Menteri Dalam Negeri, Mansour El-Essawy berkata, undang-undang tersebut akan digunakan bagi menghentikan aktiviti seperti sekatan jalan raya oleh orang awam, penerbitan maklumat salah dan pemilikan senjata.
 
Mansour turut memberi amaran keras bahawa polis akan menembak sesiapa yang menyerang pejabat kementeriannya atau balai polis, tindakan serupa seperti yang didakwa dilakukan bekas presiden, Hosni Mubarak semasa berhadapan kebangkitan rakyat, awal tahun ini. Keputusan menggunakan undang-undang kecemasan itu dibuat selepas ribuan penunjuk perasaan menyerang bangunan kedutaan Israel dan balai polis, kelmarin, menyebabkan tiga orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera. Kebanyakan rakyat Mesir dilaporkan tidak senang dengan pentadbiran tentera yang dilihat gagal memenuhi permintaan penunjuk perasaan.

1 orang berkata:

tungkaran hati said...

Demokrasi terpimpin la tuuu....!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.