Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINTA TOLON NGAN UMNO LA !


Husam Saman Kickdefella, Kickdefella Kecewa Media Terlebih Dahulu Mengetahuinya

>> 20 September 2011

Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Husam (bawah) mendakwa tiga artikel bertajuk "Husam telah menipu sahabat dan rakyat" , "Sebelum kita lupa Normala Sudirman" dan "Husam itu pembohong" memfitnahnya.

husam musa and nep new economic policySyed Azidi didakwa secara tidak tepat dan tidak benar mengaitkan Husam sebagai penipu dan perosak negeri Kelantan.

yang berhadapan dengan saman Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terkilan kerana beliau tidak dimaklumkan mengenai notis tuntutan terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada media.

Kickdefella berkata, beliau musykil mengapa tidak diemelkan notis tuntutan sedangkan media pula mengetahunya lebih awal.

“Ada beberapa wartawan menelefon saya meminta komen, mengatakan bahawa mereka ada menerima salinan notis yang dihantar menerusi e-mel, tetapi saya tidak dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Syed Azidi berkata Husam, selaku rakan kenalan dan pernah bekerja dengan Exco Kerajaan Negeri, mempunyai nombor telefon dan alamat e-mel, yang turut dipaparkan di blognya, tidak dimaklumkan lebih terlebih dahulu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.