Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA PEMIMPIN MEMUTAR BELIT SEJARAH NEGARA DAN MEMPOLITIKANNYA

MUHIYDEN YASIN ORANG BAIK, DIA TAK MAHU BERDEBAT DENGAN MAT SABU ISU MAT INDERA KERANA DIA BUKAN SEORANG AHLI SEJARAH SEKALIPUN DIA SEORANG MENTERI PELAJARAN, PERHATIKAN !!! APABILA MUHIYDEN MULA SLOW BERCAKAP TENTANG KEHANGATAN MAT INDERA DAN MAT SABU MAKA MAHADZIR MUHAMMAD PULA HANGAT BERCAKAP ! PERHATIKAN !!! APABILA MAHADZIR MUHAMMAD SLOW BERCAKAP MAKA MUHIYDEN PULA GILA BERCAKAP ! PERHATIKAN !!! APABILA MAHADZIR MULA BERCAKAP MENYAMPUK SOAL POLITIK MAKA NAJIBPUN BERTEGAS DAN BERCAKAP, NANTI KITA AKAN PERHATIKAN !!! APABILA NAJIB MULA SLOW BERCAKAP MAKA MUHIYDEN PULA AKTIF BERCAKAP, INI SEMUA LAKUNAN SEGALA POLITIK YANG DIDALANGI OLEH TOK DALANG !!!

PAS: Kami hormati respons Muhyiddin, Umno perlu henti londeh hipokrasi sendiri

September 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Sept — PAS menegaskan pendirian Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak sanggup berdebat dengan Mohamad Sabu telah mengecewakan banyak pihak kerana beliau yang secara yakin menyuruh orang nombor dua PAS itu bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan adalah benar.


Tegas beliau, ingin ditegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah, dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah prakemerdekaan masing-masing.


“Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan mengulas reaksi Muhyiddin semalam.


Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), menambah, meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Umno kerana PAS yang mengundang beliau, maka “kita perlu hormati keputusan beliau sama ada untuk terima atau tolak.”


“Orang ramai ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad.


“Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya tujuh tahun lalu demi menyelamatkan putar belit yang semakin hilang arah,” katanya.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata sikap demikian tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan lapan pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini.


“Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrisi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bila mana diajak bersemuka, tak sanggup pula,” katanya lagi.


Selain itu, kata beliau, PAS juga bersetuju dengan pandangan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah.


“Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan ‘Merdeka’ patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.