Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKIN HARUSSANI MEMANDANG JAUH KEHADAPAN

KELIHATAN MAHADZIR LEBIH TEGAS DAN BERSIH DARI HARUSSANI NAMUN BAGAIMANA SIKAP DIA YANG MENGHINA NABI ? SEPATUTNYA HARUSSANI DEDAH PULA SIKAP MAHADZIR !

Mahathir: Sudah pasti saya pecat Anwar jikapun Mufti Perak kata jangan

September 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sudah pasti beliau akan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada menasihatkan beliau supaya tidak berbuat demikian.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

“Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu,” kata bekas perdana menteri (gambar) sambil menambah, beliau akan didapati menutup cerita jika tidak mengambil sebarang tindakan.

“Biar mahkamah yang memutuskannya,” kata beliau lagi dengan merujuk kepada keputusan mahkamah ke atas bekas timbalannya.

Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada September 1998. Kemudian beliau dipecat daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata, mufti itu mungkin boleh menerima seorang yang tidak bermoral untuk menjadi perdana menteri negara ini.

“Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.

Akhir bulan lalu, Harussani mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Namun jelas Mufti Perak. bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau. “Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya.

Tegas Harussani, tindakan Dr Mahathir memecat Anwar telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

Selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, Anwar berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, kini Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Kes itu telah mencetuskan kegemparan di seluruh negara dan dunia terutamanya masyarakat Melayu kerana tokoh itu dijatuhkan dengan tuduhan yang terlalu serius.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Dr Mahathir juga berkata beliau tidak dapat ingat sama ada Harussani ada memberikan nasihat sedemikian sama ada secara peribadi ataupun ketika ditemui pada mana-mana majlis awam.

Bekas perdana menteri itu berkata kes mahkamah ke atas Anwar diambil oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

“Tetapi katakan tiada kes mahkamah diambil, bagaimana saya boleh menjelaskan bahawa Anwar perlu dipecat sebab beliau tidak sesuai untuk menggantikannya sebagai perdana menteri?
“Jika saya menggugurkan beliau dan saya tiada pilihan tetapi untuk menggugurkannya disebabkan sikap tidak bermoralnya, bagaimana saya boleh menjelaskan kepada rakyat?” kata beliau dan menambah, orang akan menuduh tindakan itu diambil disebabkan faktor politik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.