Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAFIKAN ! JANGAN TAK NAFI ! NANTI AKAN ADA PENGUNDI MENGAKU !

Rashid nafi kata Mafrel 60,000 dapat IC bantu Umno kuasai Sabah

September 21, 2011
 
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengatakan lebih 60,000 rakyat asing di Sabah telah diberikan kad pengenalan palsu dan diterima sebagai pengundi bagi membolehkan Umno-BN menguasai negeri itu.
Rashid yang meninggalkan SPR akhir 2008 berkata, beliau pernah bertemu dengan Abdul Malek Hussin ketika mengetuai badan pemantau Rakyat Malaysia Untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), tetapi tidak pernah menyentuh mengenai isu pemberian kad pengenalan palsu sebagaimana didakwa.

“Saya pernah jumpa dia (Abdul Malek), beberapa kali, pernah datang rumah, masa hari raya (Aidilfitri) pun pernah dating . . . saya memang pernah jumpa dia dalam usaha mengadakan kerjasama baik dengan badan-badan pemantau pilihan raya di negara ini.

“Tujuan saya ialah mahu mewujudkan kerjasama dan membincangkan cara-cara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya, mahu mendapatkan pandangan mereka . . . itu sahaja,” kata beliau sambil menegaskan, “setahu saya, saya tidak pernah sebutkan perkara ini (isu kad pengenalan palsu kepada rakyat asing).”

“Apa yang dicakapkan itu tidak betul,” kata beliau yang pernah menyandang jawatan setiausaha SPR sebelum dilantik sebagai pengerusinya.

Rashid merupakan setiausaha paling lama berada di SPR. Kata Rashid, isu pengeluaran kad pengenalan terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sama sekali tiada kaitan dengan SPR.

“SPR hanya mendaftar mereka yang ada kad pengenalan, kalau tidak ada kad pengenalan sebagai rakyat Malaysia, tidak boleh didaftar sebagai pengundi . . . itu jelas,” kata beliau.

Rashid juga berkata, beberapa parti di Sabah pernah menimbulkan isu itu kepada beliau pada tahun 1980-an dan 1990-an atas kapasitinya sebagai pengerusi SPR.

“Mereka kata ada peningkatan jumlah pengundi, datang jumpa saya. Saya juga menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya fungsi SPR.

“Soal pemberian kad pengenalan bukan kerja kami, tetapi JPN . . . saya beritahu mereka SPR tidak boleh campur tangan dalam isu pengeluaran kad pengenalan,” kata beliau.

Rashid mengulas laporan media memetik kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor, mendedahkan kononnya Rashid mengakui pernah dikeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 1990-an atas arahan Umno.

Laporan WikiLeaks disiarkan oleh portal Malaysia Today kelmarin. Menurut laporan itu, Mafrel yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengakui perkara tersebut dalam satu pertemuan di rumahnya pada 25 Oktober 2006.

Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 1990-an untuk merampas Sabah,  yang dikuasai Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1994.

Kerajaan PBS Sabah jatuh selepas pilihan raya umum negeri pada 1994 dengan beberapa wakil rakyatnya keluar parti itu dan menyertai Umno dan komponen BN.

Parti itu menang di kebanyakan kerusi dengan majoriti tipis ketika itu. Sepanjang dekad 1990-an Umno didakwa memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing. Kebanyakan mereka dikatakan beragama Islam dari Indonesia dan selatan Filipina di Sabah untuk bertindak sebagai pengundi.
Soal pemberian taraf kewarganegaraan dengan ‘segera’ dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah dan berlaturan sehingga kini.

Pemimpin-pemimpin negeri itu sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian dengan mahu pihak kerajaan pusat mengambil tindakan sewajarnya.

Malah sejak beberapa bulan lalu, isu yang sama menjadi perhatian di Semenanjung, tetapi dinafikan oleh JPN dan SPR.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.