Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASIB SEORANG PEJUANG

Wednesday, September 21, 2011

Wang Kutipan Luar Mahkamah TAMPUNG Ikat Jamin RM15,000 MAT SABU


Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu (kiri) dikawal polis ketika memasuki Mahkamah Butterworth untuk menghadapi pertuduhan kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Penyokong Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu mengira wang kutipan di luar Mahkamah Sesyen untuk menampung ikat jamin sebanyak RM15,000 di sini hari ini.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.


Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.


Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan
dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.


Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.


Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.