Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAK LAH NI NAK LEBAM PIPI MACAM MUHIYDEN KEW ?

Gunting Dalam Lipatan, Pak Lah Tujukan Khas Kepada Muhyiddin 

19 September 2011

Berita MalaysianInsider melaporkan bekas PM Pak Lah berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara “senyap seperti gunting dalam lipatan” usaha penggantinya Datuk Seri Najib Razak yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain.

“Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.

“Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang,” kata beliau hari ini.

Pak Lah begitu terasa dengan "gunting dalam lipatan" semasa dia menjadi PM. Muhyiddin yang pernah menjadi gunting tersebut sehingga dia terpaksa melepaskan jawatan PM kepada Najib pada April 2009.

Apa yang berlaku padanya menyebabkan dia berpesan atau memberi amaran supaya Najib tidak mengalami Nasib sepertinya yang digunting oleh Muhyiddin. Pedihnya digunting orang sendiri dan pesanan dan amaran Pak Lah ditujukan khas kepada Muhyiddin untuk peringatan Najib.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.