Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS MENCABO UMNO, PAS TU UMNO KECUUUUT !

PAS cabar Umno buat pendirian Malaysia tidak pernah dijajah

September 11, 2011
Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) menyambut Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Miles Kupa pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran PAS, hari ini. - Foto oleh Jack Ooi
 
 
GOMBAK, 11 Sept — PAS mencabar Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah menjadi tanah jajahan British dan tidak dijajah oleh mana-mana kuasa asing lain. 
 
Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.

“Umno harus nyatakan pendirian berhubung kenyataan MPN bahawa negara tidak pernah dijajah kerana implikasinya cukup besar... implikasi awam dan implikasi akademik.

“Umno perlu nyatakan pendirian sama ada sokong atau menentang kenyataan MPN itu, Umno tak boleh duduk diam kerana mereka adalah pemerintah, kita cabar Umno nyatakan pendirian. Kalau betul negara tidak pernah dijajah, kita minta sambutan Hari Pahlawan pada 16 September ini dibatalkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Hari Terbuka PAS sempena Aidilfitri di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini.

Tegas Tuan Ibrahim, sejak isu itu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling beberapa hari lalu, Umno masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

“Umno tak bagi apa-apa kenyataan lagi, apa yang dikatakan MPN itu adalah perkara penting, ia memberi implikasi yang besar kepada negara.

“Kalau Umno masih berdiam diri dan tidak mahu jawab kita boleh anggap Umno tidak bertanggungjawab,” katanya.

Jelas beliau, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah juga akan menjadi masalah sekiranya fakta sejarah negara tidak tepat.

“Bagaimana dengan murid-murid sekolah yang mahu ambil UPSR nanti, mereka jadi keliru.
“Walau bagaimanapun Umno perlu jawab dan nyatakan pendirian mereka dalam hal ini,” katanya.

Selain Zainal, beberapa pakar sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam menegaskan negara tidak pernah dijajah British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.

Penelitian The Malaysian Insider ke atas ucapan dan tulisan bekas perdana menteri dan perdana menteri sejak 1957 menunjukkan perkataan penjajahan British dan negara kolonial ada digunakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.