Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pengurus Besar KTMB dituduh terima rasuah RM33,000

September 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Seorang pengurus besar bahagian urusan jalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dituduh menerima rasuah berjumlah RM33,000 lima tahun lalu.

Tajuddin Mohd Yussof, 54, dituduh melakukan lima kesalahan rasuah apabila menerima suapan dalam bentuk cek berjumlah RM6,600 bagi setiap transaksi ketika berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pengurusan Projek KTMB pada 2006.

Tertuduh didakwa melakukan lima kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan apabila menerima lima keping cek antara bulan Mac hingga Oktober pada tahun 2006 bagi membayar pinjaman overdraf Syarikat Intiwangi Sdn Bhd iaitu syarikat miliknya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima sekeping cek Bank Muamalat Malaysia bernilai RM6,600 pada 27 Mac 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaikpulihan landasan kereta api antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat. Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB.

Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.

Sementara itu, di bawah tuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 30 Jun 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaik pulihan landasan kereta api di antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat. Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB.

Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.

Dalam pada itu, di bawah tuduhan ketiga, dia tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 31 Julai 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya di mana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaikpulihan landasan kereta apa antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat.

Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB. Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.

Pertuduhan keempat menyebut tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 14 September 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaik pulihan landasan kereta api antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat.

Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB. Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.

Selain itu, tertuduh didakwa menerima sekeping cek Maybank bernilai RM6,600 pada 6 Oktober 2006 di RHB Bank Jln Tun H.S Lee daripada Pengarah Syarikat Sureman Sdn Bhd yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengannya dimana syarikat tersebut diberikan kontrak KTMB berkaitan pembaikpulihan landasan kereta api antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat .Tertuduh ketika itu adalah Pegawai Penguasa Projek KTMB. Cek tersebut bagi membayar pinjaman overdraf RHB syarikat miliknya, Syarikat Intiwangi Sdn Bhd.

Tertuduh tidak mengaku salah bagi kesemua lima pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rozilah Bt Salleh menetapkan wang jaminan RM12,000.00 dengan seorang penjamin dan 14 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh juga dinasihatkan melantik seorang peguam. SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria.

Jika sabit kesalahan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.