Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA OLOK-OLK UMNO MENANG, PILIHANRAYA BETUL UMNO KALAH, KEMUDIAN SALAHKAN SPR ?

Umno Kelantan: Kami tidak peralat SPR

September 18, 2011
 
KOTA BARU, 18 Sept — Umno Kelantan hari ini menafikan dakwaan bahawa parti itu memperalatkan nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pilihan raya olok-olok yang diadakan bermula Jumaat lepas hingga akhir bulan ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, simulasi itu tidak ada kaitan dengan SPR, sebaliknya bertujuan menguji persediaan Umno bagi menghadapi pilihan raya sebenar yang mungkin diadakan bila-bila masa.

“Ia tiada kaitan dengan SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan urusan pilihan raya sebenar bagi menentukan pembentukan sesebuah kerajaan dan pemerintah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri bersama warga pendidik negeri Kelantan di sini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa Umno menyalahgunakan nama SPR dalam mengadakan simulasi pilihan raya itu.

Mengulas lanjut, Mustapa yang dipetik Bernama Online berkata,  dakwaan PAS itu tidak berasas dan sekadar bertujuan memburuk-burukkan Umno serta SPR di mata rakyat.

Mengenai simulasi itu, beliau berkata pilihan raya percubaan di enam daripada 14 bahagian di Kelantan tersebut berkesan bagi menguji kecekapan Umno dalam menghadapi pilihan raya sebenar walaupun dalam masa terdekat ini.

Malah katanya, jumlah yang keluar mengundi juga melebihi sasaran 10 peratus iaitu sekitar lapan hingga 15 peratus.

“Apa yang kurang memuaskan kami ialah peratusan pengundi muda yang terlibat dalam gerakan itu agak kecil kerana kebanyakan mereka berada di luar kawasan pilihan raya masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mustapa pihaknya akan mencari pendekatan lain untuk menarik lebih ramai generasi muda keluar mengundi, terutama pada pilihan raya umum nanti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.