Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pokok kes ini adalah DNA

Tuesday, September 20, 2011

Liwat Fasa 2: Mengapa Dr Seah Tak Analisis DNA "Lelaki Ketiga"??

 

Lagi sekali terkantoi.

Lagi sekali terbarai.

Analisis ujian DNA yang dilakukan Dr Seah Lay Hoong hanya menjurus kepada DNA Saifool dan "Lelaki Y" yang masih samar-samar bagaimana ia boleh berada di situ.

Tetapi pakar molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mc Donald mempersoalkan mengapa DNA lelaki ketiga yang menunjukkan bacaan tinggi tidak dianalisis Dr Seah.

Apakah Dr Seah mengetahui DNA siapa lelaki ketiga itu yang menimbulkan keraguan nyata bahawa sampel telah tercemar oleh tangan-tangan manusia durjana??

Sekiranya Dr Seah jujur dalam ujian analisisnya, mengapa DNA lelaki ketiga cuba disembunyikan dari pengetahuan mahkamah, seterusnya boleh dianggap menghina mahkamah kerana menyembunyikan barang bukti kes??

Apakah Zabidin berani bertindak ke atas Dr Seah selepas Dr Brian berjaya membongkar konspirasi antara Dr Seah DAN ASP Jude Balaicos Pereira terutamanya masa menghantar sampel dari pejabat Jude ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya??

Selain daripada makmal yang langsung tidak mendapat akreditasi dari ASCLD seperti yang dibongkar sebelum hari raya dulu, nampaknya Dr Seah tidak boleh berselindung lagi!

Jelaskan kepada mahkamah kenapa menyembunyikan identiti DNA lelaki ketiga, mengapa sengaja disorokkan dan paling penting SIAPA yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.

Kita akan lihat "babak" seterusnya yang akan terbarai satu-persatu.
JALAN PULANG


Perbicaraan kes fitnah kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini apabila saksi ke lima konsultan Molekular Genetisis, Dr Brian Mcdonald mengambil tempat semula di kandang saksi.

Peguambela Ram Karpal yang menyoal sejak awal pagi menimbulkan keraguan tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Brian menjelaskan berdasarkan laporan pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Nor Aidora Saedon telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Brian mendakwa Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," kata Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Justeru katanya lagi, pakar kimia itu mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada bendasing.

"Dia tidak boleh mengatakan ianya milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," tambah beliau lagi.

Sementara itu peguam Sankara Nair yang ditemui ketika mahkamah berehat sebentar menyatakan Seah sedar akan kewujudan individu ketiga pada sampel DNA melalui ujian Electropherogram (EPG) namun beliau gagal melaporkannya.

"Mungkin ada individu ketiga dalam laporan Seah dan Aidora. Beliau nampak tapi beliau tidak melaporkannya," jelas Sankara kepada media.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.