Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT TOLAK BN KERANA RASUAH PILIHANRAYA KALI INI

Pemilihan calon payung terjun perlu dikekal, kata Mahathir

September 22, 2011
 
KUALA SELANGOR, 22 Sept — Pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu meneruskan sistem pemilihan calon ‘payung terjun’ di kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman untuk pilihan raya kerana ia masih sesuai dengan senario politik masa kini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata calon payung terjun yang terdiri daripada kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman mampu memikul tanggungjawab melaksanakan tugas dengan berkesan terutamanya membantu kerajaan melicinkan sistem pentadbiran.

“Kita perlu calon payung terjun dan ia tidak boleh ditolak sama sekali. Sebagai contoh, semasa saya menjadi perdana menteri, Tun Daim Zainuddin (bekas Menteri Kewangan) diangkat sebagai calon ‘bidan terjun’ kerana kita sedar dengan kemampuannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tualang Datuk Seri Shahidan Kassim pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ceramah mengenai “ Peranan Dan Cabaran Terkini Wakil Rakyat “ sempena program perhimpunan tiga hari anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di Selangor sejak semalam, di Dewan Umno Bahagian Kuala Selangor di sini hari ini.

Shahidan meminta pandangan bekas perdana menteri itu sama ada sistem pemilihan calon payung terjun perlu dikekalkan atau pun sebaliknya.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS) Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri meskipun beliau bukan ahli politik kerana dilihat mampu membantu kerajan mentadbir negara.

Bagaimanapun pemilihan calon ‘payung terjun’ tidak boleh diamalkan terlalu kerap kerana boleh memberi impak negatif kepada kerajaan, katanya.

Beliau turut mengingatkan wakil rakyat BN supaya sentiasa menjaga imej masing-masing agar dapat memenangi hati rakyat.

“Wakil rakyat sepatutnya tidak mengejar kemewahan, sebaliknya mereka perlu sentiasa hidup dalam kesederhanaan dan mampu berkhidmat untuk rakyat dengan cemerlang.

“Generasi muda hari ini menolak untuk bersama dengan BN kerana mereka sering mengaitkan pemimpin BN dengan rasuah dan sebab itulah saya mahu setiap wakil rakyat BN sentiasa menjaga imej mereka jika mahu memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.

Dr Mahathir berkata ada wakil rakyat bebas yang mampu menang dalam pilihan raya kerana rekod khidmat cemerlang kepada masyarakat, dan bukannya kerana latar belakang mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.