Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUNDING BAIK-BAIK, JANGAN JADI KOMPONEN BN

Pertikaian rundingan kerusi di Johor:Saifuddin nasihat agar parti komponen patuh ketetapan

Saifuddin Nasution Ismail | Sep 13, 2011 05:41:55 pm


 
Akhir-akhir ini, beberapa kenyataan-kenyataan dan pandangan-pandangan telah dikeluarkan melalui media oleh pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor, termasuklah dari Parti KEADILAN Rakyat sendiri berhubung hal rundingan kerusi pilihanraya umum ke-13 di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat Negeri Johor.  Kenyataan dan pandangan yang diutarakan walau bagaimanapun, telah mengundang spekulasi dan persepsi yang pelbagai.

Saya ingin menyebut bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah pun membuat suatu ketetapan dan mengeluarkan arahan kepada kesemua pimpinan-pimpinan parti masing-masing supaya hal ehwal rundingan kerusi tidak dibincang mahupun dihebah secara terbuka.

Proses rundingan kerusi di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat merupakan suatu proses yang berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP bagi mencapai satu matlamat yang khusus - iaitu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 ini, yang kian terserlah kegagalan mereka untuk membela nasib rakyat serta cara dan keputusan pentadbiran mereka yang kini terus dipersoalkan ketelusannya.  Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berunding.

Saya dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa hormat-menghormati sesama kita dalam ertikata yang sebenarnya.  

Saya juga menggesa kesemua ahli-ahli pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP untuk terus memberi tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihanraya masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Bagi pihak Parti KEADILAN Rakyat, saya ingin menyatakan keyakinan dan sokongan Parti kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Chua Jui Meng dalam meneruskan rundingan bagi mencapai persetujuan hakiki dalam urusan rundingan kerusi ini.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kiri) selaku Setiausaha Agong PKR.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.