Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU BUNUH DIRI YANG MATI DUA

Friday, September 16, 2011

Wanita MATI Selepas DIHEMPAP Tubuh Wanita TERJUN BUNUH DIRI

Kedua-dua tubuh mayat ini diuruskan pihak pengurusan mayat.

SINGAPURA - Bukan ada satu, tetapi dua mayat ditemui di kaki blok di Bishan St 13 dalam kemalangan pelik yang berlaku pada hari Isnin lalu. Mayat yang dipercayai Lau Fong Kien, 55, telah meninggal dunia setelah ditimpa oleh wanita yang terjatuh, Puan Ng Sock Luan, 48, di bahagian bawah blok itu menurut laporan The New Paper.

Ng Sock Luan, 48, mengalami kemurungan 

Lau Fong Kien, 48, wanita malang.

Lau yang didiagnosis dengan kanser payudara peringkat satu beberapa tahun yang lalu, dan pulih daripada penyakit itu meninggal dunia selepas terkena hentakan yang kuat akibat ditimpa tubuh Ng. Adalah dipercayai bahawa ketika kejadian berlaku tiada siapa yang melihatnya.

Di bahagian bawah blok, kedua-dua tubuh mayat tersebut dibasahi darah dan nasi yang tertumpah. Kedua-dua mereka meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian di kaki Blok 179 kira-kira jam 11 ​​pagi.

Seorang penduduk telah menghubungi polis kira-kira jam 11:20 tengahari apabila kedua-dua mayat itu ditemui. Paramedik yang tiba sejurus selepas panggilan mengesahkan Lau telah meninggal dunia pada jam 11:35, dan Puan Ng pada 11:38.

Menurut laporan Straits Times, Puan Ng dan Puan Lau tinggal di kawasan kejiranan yang sama iaitu di tingkat 11 dan 15, tetapi tidak mengenali antara satu sama lain.


 Di sinilah kedua-dua tubuh mayat itu ditemui.

Kesan darah dan nasi yang bertaburan di tempat kejadian.

Puan Lau, seorang pesara ketika itu di dalam perjalanan pulang dari rutin pemeriksaan kesihatan di Sinseh Cina. Beliau telah membelikan makanan tengah hari untuk ibunya dari kedai kopi yang berdekatan.

Pegawai Pentadbiran sambilan, Ng dipercayai telah melompat dari koridor tetapi tidak dapat dipastikan dari aras berapa dia terjun.

Ng telah mengalami kemurungan sejak dua bulan lepas dan telah diberi ubat. Suaminya, Ting Thiam Ho, 49, memberitahu
The Straits Times pada kebiasaannya dia akan dipantau olehnya atau anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, dia ditinggalkan sendiri selama beberapa jam semalam ketika suaminya memnghadiri mesyuarat tergempar dan anak-anaknya di sekolah.

Apabila Ting pulang pada kira-kira jam 3:00 petang dan mendapati Ng telah hilang, dia menyedari ada sesuatu telah terjadi.

Polis telah mengklasifikasikan kedua-dua kes sebagai kematian mengejut. Siasatan sedang dijalankan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.