Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SE EKOR KATAK YANG BEBAL


MENANGPUN ATAS IHSAN PAS MACAM MANA NAK JADI MENTERI DALAM NEGERI ? BETULLAH KAMU KATAK TAK BERMARUAH DAN MENGENANG BUDI

Thursday, September 15, 2011


Kalau saya Menteri Dalam Negeri .... - Ibrahim Ali

PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.


"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

Pemimpin haprak

Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.

"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.

"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.


Malaysiakini

2 orang berkata:

Batu Pelangi said...

Ini satu lagi puak yang tak boleh
terima bangsa lain sebagai rakyaat
Malaysia.Katak yang memperbodohkan
ahlixnya.Jelas katak ini tidak boleh
terima kenyataan yang Mat Indera dan
komunis berperang menentang PENJAJAH
sebelum negara kita MERDEKA.Simple as
that.Yang pi merapu melayu bersatu,
nak cabut bulu atas/bawah mat sabu
apa hal!Yang presiden MPM nak tampar
Mat Sabu pun apa hal!Katax 'Ini
paling saya takut.Ini paling saya
bimbang.Sejarah boleh berulang" apa
hal?Jangan cuba menghasut!!Jangan
ingat ada tangan yang boleh lindungi katax dan tindakan kamu
boleh tongkat langit.Silap tindakan
MELAYU SAMA MELAYU AKAN BERTEMPUR.
So jangan ingat semua melayu dalam
Malaysia ini ahli PERKASAM!!

Unknown said...

pandora jewelry
air max 2016
patriots jersey
lebron 13 shoes
yeezy shoes
led shoes for kids
adidas nmd
curry 3
yeezys
dior sunglasses

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.