Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAMA NI NEGARA TARAF AOTOKRASI

SELAMA NI MENTERMENTERI DAN VVIP BN BILA BERCAKAP TENTANG MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI SEBENARNYA MEREKA TIPU RAKYAT

Najib: Malaysia jadi negara demokrasi terbaik dengan mansuh ISA

September 18, 2011
PEKAN, 18 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

Langkah itu katanya, dapat dilaksanakan kerana kejayaan pembangunan negara, sikap rakyat yang semakin matang serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap hak asasi manusia.

“Ini bukan desakan mana-mana pihak tetapi jasa dan budi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah diperjuangkan selama ini,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini.

Dipetik Bernama Online, Najib (gambar) berkata, cadangan berkenaan adalah sebagai satu transformasi politik negara dalam perihal menjaga hak asasi manusia.

“Sudah sampai masa kita melangkah satu lagi ke hadapan membawa negara (ke tahap) begitu tinggi bukan sahaja dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi pegangan prinsip demokrasi kita nak letak antara terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN akan meneruskan pembelaan dalam semua aspek bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kita negara moden dan progresif, kita tak lupa mereka yang menyokong kita, di luar bandar dan bandar yang perlu diberi perhatian apa yang dikehendaki rakyat, tekanan dan masalah kehidupan kita akan teruskan (pembelaan),” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata keunikan negara Malaysia perlulah dijaga dan dipupuk dengan rasa muhibah selaras dengan pembangunan negara.

Katanya, dengan itu rakyat dapat menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni tanpa rasa bimbang dan takut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.