Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 13 September 2011

Gambar : Perbuatan ' Khianat ' Di Majlis Forum Rakyat Di Kota Bharu






Orang ramai yang hadir pada Forum Rakyat ' Erti Kemerdekaan Sebenar ' Di Kota Bharu malam tadi dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan disembur cat hijau dan digores oleh pihak tertentu.
Mohd Nasir Ismail, 45 dari Pasir Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau.
Katanya, banyak lagi kenderaan milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama.
”Ketika saya datang ke tempat kereta semasa hendak pulang saya lihat ada anggota polis di kawasan berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa yang berlaku.
”Saya yakin pihak yang melakukan perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik.
”Kita boleh lihat sendiri apabila kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali yang ditampar veteran Umno beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang tindakan biar pun laporan polis sudah dibuat,” ujarnya.
Turut menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut kereta milik seorang wartawan tempatan. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis pagi ini.Hrkh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.