Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Serangan Bom Di sempadan Malaysia

60 cedera, dua maut dalam tiga serangan berasingan di selatan Thailand

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Rakyat Malaysia antara yang dipercayai maut dalam serangan bom yang dilakukan serentak di tiga lokasi berasingan dalam kejadian bom di Sungai Golok malam tadi.

Laporan awal pihak berkuasa menyebut kira-kira 60 orang cedera dalam kejadian pada jam 7.15 petang waktu Thailand (8.15 malam waktu Malaysia), tetapi tidak diketahui sama ada cedera parah atau sebaliknya, manakala dua orang terbunuh termasuk seorang rakyat Malaysia yang belum dikenal pasti identitinya.

Setakat jam 10 malam tadi, belum diketahui berapa ramai rakyat Malaysia yang cedera.

Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Chakapon Phanon, ketika mengulas kejadian berkata, tiga lokasi serangan membabitkan dua hotel iaitu Hotel Parkson dan Hotel Merlin serta sebuah tokong.

Katanya, semua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Sungai Golok. “Jarak antara kedua-dua hotel yang menjadi lokasi serangan berada tidak jauh iaitu 50 meter. Polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa yang mati atau cedera setakat ini.

“Polis percaya kejadian ini dilakukan puak pemisah. Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dilakukan untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu,” katanya.

Pekan Golok menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia terutama di Kelantan untuk membeli-belah terutama pada hujung minggu atau cuti umum.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.