Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SESAT MACAM MANA YE ?

Ajaran sesat Hassan Jonit kembali aktif, Jakim sedia bantu Jais

September 11, 2011
YAN, 11 Sept — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memantau serta membanteras Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang dipercayai kini kembali aktif di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata Jakim akan memantau perkembangan ajaran sesat itu bagi membolehkan tindakan secara kolektif dapat diambil bagi menyekat aktiviti itu dari merebak ke seluruh negara.

Dipetik Bernama Online, katanya, Jakim akan sentiasa berganding bahu bersama dengan Majlis Agama Negeri di seluruh negara bagi membanteras segala ajaran sesat yang berkembang di negara ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang disahkan menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada 1998 dikesan kembali aktif.

Laporan berkenaan mengatakan ajaran sesat itu telah dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini markas utama kumpulan itu terletak di Kampung Melayu, Batu Arang Rawang yang diketuai menantu kepada orang kanan Hassan terbabit.

Jamil Khir berkata berdasarkan maklumat awal yang diterimanya daripada Jais, terdapat tanda menunjukkan bahawa ada dua kelompok ingin menghidupkan kembali ajaran berkenaan dan Jais sedang giat menjalankan siasatan terperinci.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.