Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETIAUSHA KITA KECAN PRESIDEN KITA

Bekas setiausaha pusat Kita bidas Zaid Ibrahim

September 16, 2011
 
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Abd Latif A Tambi yang dipecat sebagai setiausaha pusat Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kelmarin mencabar tindakan Presidennya Datuk Zaid Ibrahim itu dengan mendakwa parti tersebut tidak dipimpin dengan telus, sebaliknya sudah beralih daripada matlamat penubuhan.

Abd Latif dimaklumkan mengenai pemecatan daripada jawatannya kelmarin manakala Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif pula dikenakan tindakan digantung keahlian.

Zaid Ibrahim
Sehubungan itu, kata Abd Latif, beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya termasuk mendengar tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan sedangkan parti mendakwa memperjuangkan kesederhanaan, demokratik dan liberal.
 
Dalam surat terbuka yang dihantar kepada Zaid hari ini, Abd Latif berkata, “sejak kebelakangan ini, tindakan-tindakan parti tidak lagi telus dan telah beralih daripada objektif asas kewujudan, misalnya mempromosi dan menggalakkan isu-isu menyentuh kepentingan dan akan memastikan kepentingan orang ramai.”

“Malah lebih penting, tindakan-tindakan dalam parti sendiri bertentangan dengan prinsip saya dan apa yang saya sentiasa perjuangkan,” kata Abd Latif dalam surat itu yang salinannya dipanjangkan kepada media.

Malah dalam surat itu beliau mendakwa, pandangan-pandangan yang dikemukakan untuk membawa perubahan dalam Kita tidak diterima dengan baik dan berhadapan dengan kecaman teruk daripada Zaid.

“Sesuatu yang mengejutkan apabila usaha saya mempromosikan anda (Zaid) di Melaka dan kerja saya secara sukarela selama sembilan bulan lalu bagi membangunkan parti Kita di peringkat pusat dan niat ikhlas saya dalam mempromosikan perubahan demi kepentingan parti, saya dilayan dengan e-mel khidmat saya ditamatkan (sebagai setiausaha pusat),” kata beliau yang turut mengedarkan salinan kandungan e-mel diterima daripada Zaid kelmarin.

E-mel itu antara lain menyebut, “oleh kerana saudara telah nampak jelas tidak dapat mengikuti arahan saya sebagai ketua parti dalam beberapa hal penting termasuk (tidak) memberitahu saya 'password' laman web parti, maka saya tidak ada jalan lain untuk menggugurkan saudara daripada jawatan setiausaha berkuat kuasa serta-merta. Sila serahkan kunci pejabat dan fail-fail tertentu kepada setiausaha kerja Masrum.”

Dalam suratnya kepada Zaid, Abd Latif berkata, “pokoknya penamatan saya adalah ekoran kata laluan laman web sebagaimana dinyatakan dalam e-mel; e-mel anda menyebut bahawa tindakan menamatkan saya adalah disebabkan kegagalan mematuhi arahan anda dalam beberapa perkara, termasuk tidak memaklumkan ketua parti kata laluan kepada laman web parti.”

Abd Latif berkata, isu laman web adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik dalam parti.

“Saya telah menerima e-mel daripada anda sehari sebelum penamatan khidmat saya, meminta agar menyerahkan kata laluan laman web dan butiran lain kepada anak anda. Saya telah memberikan respons sewajarnya pada pagi 14 September dengan memberikan pandangan saya mengapa saya harus dibenarkan terus menyimpan kata laluan laman web,” katanya.

Dalam komen kepada The Malaysian Insider semalam, Muhammad Firdaus menyifatkan Zaid mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

“Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau,” kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, “parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal.”

Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.

“Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau.

“Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad,” katanya.

Tegas Masrum, “parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiausaha pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif tamat berkuat kuasa hari ini (kelmarin) untuk menambah kelicinan pentadbiran parti.”

Kita dilancarkan Januari lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal.” Ia sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun lalu selepas mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.