Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

sikap orang munafik

 didalam al quran allah berfirman mafhumnya: "alangkah besar kemurkaan allah apabila kamu bercakap tetapi tidak tunaikan"

NGO, parti politik kecam Putrajaya dakwa Mat Sabu

September 21, 2011
 
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Sekumpulan 46 pertubuhan bukan kerajaan dan satu parti politik mempertikaikan tindakan pentadbiran membawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah pagi tadi berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pihaknya kecewa dengan pendakwaan ke atas Mohamad di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“(Tindakan) mendakwa Mohamad Sabu (gambar) ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mempromosikan keterbukaan dan demokrasi ketika (perutusan) Hari Malaysia,” kata pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik terbabit dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan-pertubuhan itu juga menegaskan perkembangan terbaru hari ini menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Najib, yang mengumumkan siri pembaharuan, sama ada beliau benar-benar ada kawalan penuh ke atas pasukan polis.

“Kami menggesa agar kerajaan dengan segera menggugurkan tuduhan bersifat politik ke atas Mohamad Sabu dan berhenti daripada menakut-nakutkan pihak yang mencabar kewibawaan  fakta sejarah rasmi dan ideologi.

“Kami juga menggesa perdana menteri dan timbalan perdana menteri, daripada menggunakan jentera kerajaan untuk ‘menjenayahkan’ Mohamad Sabu, berhadapan dengan beliau dalam debat, menerusi TV berhubung isu Bukit Kepong,” kata beliau lagi.

Kenyataan itu juga menambah, ahli-ahli politik, pegawai polis dan tentera yang sudah bersara selain Perkasa boleh berdebat dengan Mohamad ataupun mencabar pandangan di media atau forum-forum.

“Mereka harus menghormati hak Mohamad Sabu untuk memberikan pandangannya,” kata kenyataan itu sambil menambah, menggunakan kuasa kerajaan untuk melenyapkan suara-suara yang berbeza adalah tindakan pengecut.

“Ia menunjukkan pendirian tidak selamat dan tidak yakin untuk menghadapi debat sceara fakta dan alasan kukuh,” katanya lagi.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.