Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

So what ? Salah gak la !



  
|

Panas! Makmal jalankan analisis DNA kes liwat Anwar tidak diiktiraf ISO

WarkahDaily – Dari dulu lagi, ramai tidak mempercayai tuduhan liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang kini masuk siri kedua kes fitnah itu dibicarakan di mahkamah.

Kes ini dilihat semakin kusut apabila bahan bukti DNA yang dikaitkan dengan Anwar telah diragui kesahihannya.

Terbaru, dilaporkan makmal di Jabatan Kimia yang menjalankan analisis DNA dalam kes liwat Anwar tidak mendapat sijil pengiktirafan ISO 17025.


Perkara itu ditegaskan oleh pakar DNA dari Australia, Dr. Brian Leslie McDonald
(gambar) selepas beliau disoal balas Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden apabila mendapati ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini menyatakan makmal tersebut menjalankan analisis DNA mengikut piawaian yang ditetapkan standard antarabangsa .

Padahal, menurut saksi keempat pembelaan itu, perkara tersebut tidak benar sama sekali kerana makmal berkenaan tidak pernah mendapat sijil pengiktirafan.


Mohd Yusof bagaimanapun berkata, Lay Hong tidak pernah merujuk makmal itu kepada ISO 17025 malah mendakwa, sijil itu tidak penting untuk menjalankan sebarang analisis DNA. Namun, Dr Brian tidak bersetuju dengan pendapat itu.


Sebelum ini, Dr Brian pernah mengeluarkan kenyataan menggemparkan apabila mendakwa bukti DNA yang dibawa sepanjang perbicaraan adalah tidak relevan kerana ia bukan datang dari semen milik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dari anus Saiful.


“Tidak ada satu pun keterangan yang membuktikan bahawa DNA ‘Lelaki Y’ (yang dikemukakan di mahkamah) diperolehi dari semen milik Anwar atau dari anus pengadu (Saiful),” kata Dr Brian yang dipetik dari
Keadilandaily.

Tambah beliau lagi, malah pakar-pakar kimia yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai saksi, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dalam kes ini juga gagal membuktikannya.


“Dr Seah, walaupun menyatakan sampel DNA tersebut diambil dari anus tertuduh, tetapi gagal mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya,” kata Dr Brian.


Malah, tambah beliau keterangan Dr Seah and Nor Adora dalam mahkamah juga bercanggah dan tidak konsisten.


Dr Brian mempunyai PhD dalam bidang Phatologi dari University of Western Australia. Beliau yang beroperasi di Australia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang DNA dan Forensik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.