Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUDING SEORANG ULAMA

Nik Aziz: Saya masih menanti pendirian Umno sama ada Tanah Melayu dijajah

September 15, 2011
 
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menanti pendirian dan jawapan rasmi Umno berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan  mana-mana kuasa asing lain.

Menulis di laman Facebook pagi ini, Nik Aziz (gambar) berkata Umno sehingga ini masih belum memberikan sebarang respons perkara itu walaupun banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan MPN itu.

“Bismillah . . . saya membelek akhbar-akhbar tempatan dan menanti melalui media massa, pemimpin Umno sampai ke saat ini belum memberikan respons terhadap pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Barangkali isu ini kecil bagi mereka atau bagaimana? Atau dalam hal ini pemimpin Umno dengan bertanggungjawab sekalipun yang mengeluarkan pandangan itu adalah ahli Umno . . . bahkan bekas presiden Umno pun dilaporkan bersetuju,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Sebelum ini PAS mencabar Umno untuk menyatakan pendirian parti Melayu terbesar itu namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu, Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.

Isu negara tidak pernah dijajah terlebih dahulu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja-raja Melayu dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.

Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Beliau berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.