Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO IMPORT AHLI MAJLIS FATWA MASJIDIL HARAM ?

Import Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Cerita Pasal Perpaduan!!

Kamis, 02/06/2011 14:25 WIB | Arsip | Cetak

Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi. -UM

UMNO terpaksa import Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram untuk bercerita pasal perpaduan!! Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi ikhlas bercakap apabila dia ditanya. Yang menanya [UM] tidak ikhlas kerana seakan-akan mencari salah orang dan menganggap hanya UMNO sukakan perpaduan!! Lihat perenggan pembukaan beritanya diatas, ikhlaskah UM tentang perpaduan!!

Ulasan Perpaduan Pak Karamu:
Bagus juga diimport  ahli majlis Fatwa dari Masjidil Haram tersebut biar semua faham apa kehendak islam terhadap umatnya (Ummat Muhammad) akan tetapi sebelum itu sesiapa juga ahli majlis Fawa yang datang dari ceruk bumi atau ceruk langit sekalipun perlu memahami kedudukan penduduk  jenis islam apa yang terdapat di Malaysia ini

Jika ahli Majlis Fatwa dari Masjidil Haram nak sebut pasal PERPADUAN di bumi Malaysia ini dia WAJIB faham dasar islam jenis apa penduduk di negara ini, jika dia cuba bercakap tentang islam yang berpandukan kepada semangat bangsa lebih baik dia dihalau saja dari memberi dan menjawab soalan yang diajukan kepadanya

Sepatutnya dia di tanya tentang semangat assobiyah dan hukum tentangnya, bukan tiba-tiba bercakap tentang PERPADUAN, jika bercakap tentang umat islam dan PERPADUAN  maka memang di negara ini telah mengasingkan islam assobiyah (semangat kebangsaan) dengan islam yang tulin yang berdasarkan al quran dan Hadis

Di Malaysia samalah dengan Arab Saudi yang terlalu kuat dengan Assobiyah (semangat Kebangsaan) yang nabi tidak mengakui sebagai umatnya, nasib baik di Arab Saudi ada tanah haram (tanah yang diharamkan orang kafir memijak dan tinggal disana) jika tidak bangsa Arab lebih jahat dari orang Yahudi dan Nasrani, demikian sejarah bangsa Arab sebelum Nabi diutus

Didalam Al Quran menyuruh umat islan supaya berpegang teguh dengan Hablillah iaitu Al Quran supaya umat islam jangan bercerai berai namun cubalah lihat perlembagaan orang melayu didalam UMNO adakah parti itu mengambil al Quran sebagai dasar untuk berpadu ? Jika tidak maka mereka janganlah bercakap tentang islam dan perpaduan, dan jangan juga import ahli majlis fatwa dari masjidil Haram untuk bercakap tentang perpaduan itu semua buang masa

Di Arab Saudi pemerintahannya lebih teruk lagi dari negara Malaysia, mereka gagal menyatu padukan umat arab yang saban hari telah diratah oleh Yahudi akan tetapi Arab Saudi sendiri tidak mengambil tahu tentang rumpun arab tersebut malah mereka bersekongkol dengan Amerika Yahudi menyerang Iraq,  sejarah ini jangan dilupakan, DAN JANGAN LUPA JUGA BAHAWA ARAB SAUDI MEMANG SEKUTU KUAT AMERIKA

Ulama/ahli majlis Fatwa masjidil haram itu elok cuci punggong dia dulu sebelum cuci punggong orang lain, apa yang baik ialah ulama dari Arab itu lihat dalam negara dia dulu islam disana macam mana ? Tanya dengan dia mengapa kerajaan dia mengeluarkan denda 1 billion rial kerana secara salah mengistiharkan hari raya baru-baru ini ?  Apakah dia tidak faham apabila termakan bulan syawal hukumnya haram ! Ini menunjukkan masalah di negara diapun tak beres kemudian mahu bercakap tentang PERPADUAN di negara ini TAK PAYAHLAH !!!! ROH ! ROH ! ROH !

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.