Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO JOHOR BERPECAH, RAMAI MASUK PKR

Saturday, September 24, 2011

Umno Johor Bergolak. Najib pasang spy memerhatikan pergerakan Muhyiddin



Kerajaan Rakyat l Barisan Nsasional (BN) Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut satu laporan sebuah laman berita setempat.

Datuk Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu, kata laporan laman berita Malaysiakini, semalam.

Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar negeri tersebut, tambah laporan itu lagi.


Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Datuk Abdul Ghani bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia melaporkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri Datuk Seri Mohd Khaled di Johor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.