Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMK: Keputusan pembatalan sapina Najib bukti skrip ulangan konspirasi fitnah

Shamsul Iskandar Mohd Akin | Oct 07, 2011 09:32:25 pm

 
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Najib Razak dan Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.

AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Najib dan Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu "prejudge" pembelaan Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Najib didakwa terlibat.

Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas "turun naik" kenyataan Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008.  Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan dengan Najib!

Tiga tahun berlalu, ini masih belum dinafikan.  Dan sekiranya Najib melihat beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai saksi di peringkat pertama?  Bagaimana pulakah dengan keterangan Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah?  Di manakah asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.

Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar kanan) selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.