Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGI ALASAN YAN MENESABAH

KDN mahu jelas panel khas dakwaan rakyat asing dapat MyKad

October 15, 2011
 
KLUANG, 15 Okt Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada penduduk asing pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Menurut Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli  Parlimen Semberong itu, ada di kalangan saudara mara pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang turut diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu. Ini semua akan saya didedahkan pada Jawatankuasa itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pengeluaran MyKad dengan Struktur Baru dan pengeluaran MyKad Satu Hari di Jabatan Pendaftaran Kluang di Bangunan Persekutuan di sini.

Pihak pembangkang sebelum ini menuduh kerajaan dan khususnya Kementerian Dalam Negeri memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, kakitangan kementerian tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.

“Ini semua adalah fakta. Saya tidak tahu siapa yang memohon, lebih-lebih lagi jika pemohon itu adalah cucu cicit, anak saudara (kepada sesiapa) atau apatah lagi mereka ini menyokong kerajaan atau tidak,” katanya.

Hishammuddin berkata, dakwaan pembangkang baru-baru ini tentang pemberian kewarganegaraan kepada warga Bangladesh juga telah diberikan penjelasan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap,” katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan politik mereka.

Terdahulu di dalam ucapannya, beliau berkata, sejak tujuh tahun lepas hanya 30 warga Bangladesh yang mendapat taraf kerakyatan Malaysia dan daripada bilangan itu hanya tujuh yang boleh mengundi.

“Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi,” kata Hishammuddin.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.