Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAK KELEMAHAN KERAJAAN NEGERI



Kelemahan ketara Ahmad Said

Posted on Monday, October 17 @ 00:00:00 PDT by tokdalang

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD

PADA hujung minggu lepas saya berkesempatan hadir memenuhi undangan majlis makan mahttp://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/04/said.giflam sempena ‘Aidilfitri’ di Bukit Damansara. Majlis di sebuah rumah banglo tersergam indah di kawasan perumahan elit itu adalah milik seorang tokoh koperat terkenal asal Terengganu, juga turut dihadiri oleh sekumpulan ahli-ahli korporat serta penjawat awam warga Terengganu yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor

Sungguh membanggakan apabila saya dapati begitu ramai anak kelahiran Terengganu yang kini berjaya dalam karier mereka di tengahtengah kota besar ini.

Ada yang menjadi ahli korporat yang berjaya, ada kalangan ahli akademik yang terkenal dan ada juga yang memegang jawatan penting di peringkat kerajaan Persekutuan.


Ya, seperti yang dijangkakan, sepanjang malam tersebut perbualan yang menjadi tumpuan adalah tentang isu-isu politik semasa yang panas dengan bertukar-tukar pandangan terhadap masa depan politik negara menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Mungkin kerana saya seorang sahaja ahli politik yang dijemput, maka tumpuan diberikan kepada saya dan saya diajukan dengan soalan panas semasa seperti ‘isu Mat Sabu dan kemerdekaan negara’, isu ‘pembentangan belanjawan di Parlimen’ dan isu ‘pelaksanaan hudud’. Juga soalan besar yang diajukan kepada saya adalah ‘mampukah PAS dan Pakatan Rakyat menggantikan Umno- BN dalam PRU) akan datang’?

Namun tumpuan utama majlis makan malam secara bersantai kami lebih menjurus kepada ‘politik Terengganu’. Mungkin dek kerana hampir kesemua yang hadir adalah anak Terengganu, bercakaplah kami dalam loghat Ganu. Saya bertubi-tubi diajukan ‘soalan ‘panas’ tentang kepimpinan Dato’ Sri Ahmad Said sebagai Menteri Besar, pembangunan di Terengganu dan yang paling panas adalah apakah peluang PAS memerintah kembali Terengganu pada PRU akan datang?

Dalam majlis itu, saya dapat ‘menyimpulkan secara menyeluruh’ bahawa warga Terengganu khususnya golongan intelek dan korporat di perantauan amat-amat mengharapkan perubahan besar berlaku di Terengganu dalam PRU ke- 13 akan datang. Antara isu penting yang diperbualkan dan menjadi tumpuan adalah:

1. Kelemahan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said yang begitu ketara. Beliau dilihat gagal memacu perkembangan ekonomi negeri Terengganu sepanjang penggal pemerintahan sebagai Menteri Besar walaupun negeri ini kaya dan terkenal dengan hasil kekayaan minyak dan gas.

2. Rasa tidak puas hati yang amat ketara terhadap gaya pentadbiran Menteri Besar di kalangan penjawat awam di Terengganu. Sesetengah kalangan pegawai kerajaan amat tidak bersetuju dengan cara ‘politik cantas’ dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pelantikan jawatan yang dibuat dilihat lebih mementingkan kedudukan dan habuan peribadi mengatasi kepentingan perjawatan awam.

3. Kenaikan kos kehidupan harian yang amat ketara di seluruh Terengganu. Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti minyak, gula, beras dan tepung amat membebankan rakyat terutamanya golongan miskin. Malahan jika dibuat perbandingan, sesetengah barangan keperluan termasuk ikan dan ayam lebih murah di Kuala Lumpur berbanding dengan di Terengganu. Negeri ini juga dianggap negeri kaya tetapi secara keseluruhan dilihat rakyat hidup dalam paras kemiskinan dengan kehidupan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

4. Isu tanah di Kuala Terengganu yang kini satu demi satu tanah dan perkampungan Melayu terhakis dek kerana kerakusan ’pembangunan’ dan tiada perancangan rapi. Kini perkampungan tradisi Melayu satu persatu ’hilang’, dari kampung Paya Keladi, kampung Tanjung serta kampung Ladang yang terus meletakkan orang-orang Melayu Terengganu ’ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri’.

5. Projek-projek membazir seperti Piala Monsoon dan Mini Zoo Bukit Tekal, Kemaman yang tidak banyak memberi manfaat kepada kehidupan harian rakyat Terengganu. Begitu juga dengan projek mega yang gagal seperti isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai lebih RM300 juta juga dikaitkan dengan salah urus dan rasuah.

Saya meninggalkan majlis dengan merenung jauh keluhan dan luahan yang diperkatakan oleh golongan cerdik pandai Terengganu ini. Berbetulan pula pada minggu ini PAS Terengganu menganjurkan program ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) di Pantai Chendering, Kuala Terengganu. Bagi saya, PAS dan Pakatan Rakyat kini mempunyai potensi besar untuk menawan kembali Terengganu dan menggantikan Umno. 

Yang penting, kepimpinan PAS mesti keluar dari ‘kepumpung sendiri’ untuk menyebarluaskan maklumat dan penerangan. Sentimen ‘politik kekitaan yang sempit’ mesti diketepikan dan tumpuan bukan sahaja harus diberikan di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, tetapi semua lapisan masyarakat Terengganu khususnya golongan remaja dan mereka yang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.