Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERDASARKAN DASAR PAS, UMAT ISLAM WAJIB MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PAS



Mempertahan kerajaan PAS

Posted on Monday, October 17 @ 20:00:00 PDT by tokdalang

Oleh ABU FIRDAUS
 
Sebagai sebuah parti politik yang menang di peringkat negeri, maka PAS tidak akan dapat mencorhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiECQqDtdDxTExHk_2ZV8MUJDgC-ciRNNuJKF06qooYyOTDFGBj3va_I-q3HL82ewe65UCy4akzQNZccmDZ1tIMEosSyg2FLr6IMk0kqMX2SZ6pB9u4pddDJwECJSeJ2tZm2GdedHMdGg5T/s400/bendera+pas+berkibar.JPGak negara secara menyeluruh. Ia memerlukan suatu gerakan yang membahas habis fahaman politik Islam.
 
 
PERASAAN ini hampir serupa. Iaitu ketika gerakan Islam menang menubuhkan pemerintahan Islam yang penuh harapan akan wujudnya keadilan dan cita-cita haraki.Dalam hidup ini, penulis dapat merasakan perasaan gembira ini ketika gerakan Islam menang di Iran, Afghanistan, Kelantan, Turki, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 


Kemenangan di Iran berlaku ketika Ayatollah Khomeini pulang ke Teheran pada tahun 1979 ekoran pemergian Shah Iran.

Begitu juga perasaan yang sama muncul ketika Mujahidin masuk ke Kabul ekoran tumbangnya kerajaan komunis pimpinan Babrak Karmal di Afghanistan.

Di Iran, kemenangan berlaku secara revolusi sementara di Afghanistan, ia merupakan hasil jihad. Tetapi kemenangan melalui pilihan raya tetap mendatangkan nikmat istimewa.

Perasaan seronok kemenangan dalam pilihan raya berlaku pada tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah pimpinan PAS menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri.

Begitu juga apabila mendapat tahu Parti Refah pimpinan Necmettin Erbakan menang pilihan raya Turki dan selanjutnya buat pertama kali parti berasal Islam menubuhkan kerajaan Ankara.

Perasaan yang sama mengiringi penulis apabila PAS yang merupakan sebahagian daripada Barisan Alternatif dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu pimpinan menteri besar Wan Mokhtar Ahmad pada tahun 1999.

Terasa nikmat kemenangan pilihan raya apabila PAS dan sekutu-sekutunya berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Sememangnya kemenangan perjuangan dalam revolusi, jihad dan pilihan raya itu hanyalah pembukaan kepada kerja yang lebih sukar dan mencabar, iaitu pentadbiran kerajaan.

Apakah yang Iran boleh lakukan sebaiknya gerakan Islam menang? Amerika Syarikat tidak duduk diam. Iraq digunakan Amerika untuk kalau boleh menumbangkan Khomeini.

Begitu juga dengan Afghanistan. Rusia terus campur tangan dalam perpecahan di kalangan Mujahidin yang membawa Taliban ke tampuk kuasa.

Di Malaysia, gerakan Islam yang menang hanya di peringkat negeri, tentu tidak dapat menghalang gangguan kerajaan Pusat.

Inilah yang dialami oleh kerajaan pimpinan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sementara PAS yang berkongsi kuasa melalui Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor terpasa menerima hakikat realiti kerajaan campuran.

Namun kalaulah PAS memegang kerajaan Pusat sekalipun, keadaan tidak juga mudah. Lihatlah Erbakan yang berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat di Turki, beliau terpaksa berdepan dengan tentera yang menganggap dirinya sebagai pelindung perlembagaan negara.

Di Malaysia, pihak tentera tidaklah mempunyai kedudukan kuat seperti Turki. Namun ia tetap berpengaruh kuat.

Tradisi tentera Malaysia dengan sejarahnya melawan Jepun, kemudian komunis serta Indonesia semasa Konfrontasi menjadikan ia mewakili jati diri negara.

Setakat sebagai sebuah parti politik yang menang di peringkat negeri, maka PAS tidak akan dapat mencorak negara secara menyeluruh. 

Ia memerlukan suatu gerakan yang membahas habis fahaman politik Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.