Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BINCANGKAN JUGA PUNCA MURTAD !

Himpunan Sejuta: Sertai atau tidak, PAS pusat buat pendirian esok

October 17, 2011
 
KUALA LUMPUR, 18 Okt – PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Penganjur sebelum ini berkata ia akan merupakan “permuafakatan akbar” seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membuat pendirian sama ada menyertai himpunan itu ataupun sebaliknya.

“Setakat ini PAS Selangor belum membuat pendirian sama ada menyertai ataupun tidak, kami akan mengumumkan pendirian (kemungkinan Rabu ini) sebaik sahaja PAS pusat mengambil pendirian pada mesyuarat khas yang diadakan esok,” kata Dr Rani ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Kata beliau, buat masa sekarang tidak timbul soal PAS Selangor keluar daripada perhimpunan itu sebab “kami belum masuk lagi, tetapi ini bergantung pada hasil mesyuarat esok.”

“Pendirian kami masih statik... belum masuk (menyertai perhimpunan), jadi tak timbul isu PAS mengambil pendirian keluar,” kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini berkata mesyuarat esok, yang akan dihadiri beberapa pemimpin kanan parti, akan mengambil pendirian dengan melihat matlamat penganjuran perhimpunan.

Katanya, PAS tidak mahu satu perhimpunan diadakan untuk memecahbelahkan keharmonian kaum dan mencetuskan kacau-bilau.

“PAS Selangor mahu mematuhi titah Sultan Selangor (baru-baru ini) yang menggesa agar keharmonian kaum dipertahankan dan dijaga,” kata Dr Rani sambil menambah bahawa “ada pihak-pihak tertentu dalam masyarakat mahu melaga-lagakan persefahaman yang wujud antara masyarakat Islam dan kaum bukan Muslim di negara ini.”

Pihak penganjur menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan julung kali diadakan untuk membincangkan isu murtad, bermula pukul 2 petang di Stadium Shah Alam.

Perhimpunan itu juga bertujuan mahu menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media,  mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011, memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik, menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini, menzahirkan kekuatan akidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi dan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Dr Rani berkata PAS Selangor hanya akan menyokong Himpunan Sejuta Umat itu jika ia diadakan dengan tujuan tidak melaga-lagakan penganut agama lain.
Kata beliau, perhimpunan sedemikian hanya akan menutup masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh Muslim negara ini.

“Kita ada banyak masalah besar yang lain untuk ditangani bersama... soal keadilan, rasuah, salah guna kuasa. Pada dasarnya PAS menyokong apa juga usaha untuk memperkukuhkan akidah Muslim.
“Bagaimanapun kita harus memfokus ke atas soal ancaman sebenar ke atas akidah seperti perkauman, sekularisme dan materliasme dan perlu mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran ini,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.