Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BLOGGER PR BERGERAK DI JOHOR

Khamis, 13 Oktober 2011

KITA BERJUMPA DI BATU PAHAT





SEMUA DI JEMPUT DATANG




HIMPUANAN BLOGGER RAKYAT JOHOR

"Bersatu, Bergerak Berjuang"
Sehingga hari ini, telah banyak organisasi dan orang perseorangan menghubungi pihak kami di Sekretariat bertanyakan mengenai program Bengkel Penulisan & Kewartawanan. Terima kasih kami ucapkan.

Bahkan ada yang bertanyakan tentang program anjuran Pakatan Rakyat yang semakin banyak di Johor kebelakangan ini. Untuk makluman, semenjak Mac 2008 hingga awal 2010, Pakatan Rakyat Johor telah menganjurkan lebih 1000 program.

Namun, oleh kerana kurangnya pendedahan dan kemahiran merakam dan mendokumentasi, maka arkib, tentatif program dan gambar-gambar bukti kejayaan program jarang kelihatan.

Ratusan ribu anak-anak Johor di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, di Kelantan bahkan di luar negara terpinga-pinga tidak tahu apa yang berlaku di kampung halaman mereka, iaitu negeri Johor tercinta kita ini.

Mereka juga tidak tahu perbahasan-perbahasan dan isu-isu yang dibangkitkan wakil-wakil rakyat Johor di Parlimen mahu pun dalam sidang Dewan Undangan Negeri, sama ada dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.

Jadi, adalah menjadi tugas kita memberi maklumat dan melapor keadaan sebenar yang berlaku. Tambahan pula media massa arus perdana memang sengaja melenyapkan berita-berita agar kepincangan pentadbiran disembunyikan.

Sebagai contoh, ada anak-anak Johor sehingga hari ini yang masih tidak tahu tragedi perobohan rumah-rumah kampung di Kampung Baru Plentong Tengah dan Kampung Kempas Denai di Johor Bahru.

Begitu juga ribuan aduan permasalahan rakyat di Johor yang tidak pernah dilaporkan. Apakah dengan tiadanya laporan, maka tidak ada kepincangan berlaku?

Insaf atas perkara ini, Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor melalui Bengkel Penulisan & Kewartawanan akan melatih anda untuk merakam, melapor dan mendokumentasi peristiwa-peristiwa ini untuk rakaman sejarah buat tatapan anak cucu kita di masa hadapan

Semoga segala usaha baik kita ini untuk mengembalikan martabat rakyat dan menjunjung amanah dipermudahkanNya.

Butiran program :

Tempat : Family House, Rumah Kedai Taman Maju, No 10A Taman Maju, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 15 hb Oktober2011 (Sabtu)
Masa : 10.00 am hingga 6.00 pm
Penganjur : Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor

Cara ke lokasi:

Dari Kuala Lumpur & Johor Bahru :
- Keluar exit Lebuh Raya PLUS (Ayer Hitam, Kluang, Batu Pahat)
- Dari Tol Ayer hala ke arah Batu Pahat
- Selepas 10 kilometer akan melalui simpang empat utama pekan Parit Raja (Bangunan Umno Sri Gading di sebelah kanan)
- Lepasi lampu isyrat itu dan lihat di kiri ada Petronas (Sebelah kanan ialah Taman Maju)
- Bendera KEADILAN dan PAS akan digantung dihadapan bangunan sebagai tanda lokasi

Dari arah Batu Pahat :
- Masuk ke Jalan Kluang dan menghala ke Ayer Hitam
- Kira-kira 15 kilometer akan melepasi Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sebelah kiri
- Selepas lampu isyarat UTHM, perhati di sebelah kiri ada kilang Fujitsu
- Sebelah kanan ialah Petronas Parit Raja (Sebelah kiri ialah Taman Maju)
- Bendera KEADILAN dan PAS akan digantung dihadapan bangunan sebagai tanda lokasi

Sekiranya ada kesulitan, sila hubungi:

017 - 6195 764
013 - 7056 243

Jumpa disana !!

Negeri Johor merupakan antara negeri sasaran utama Pakatan Rakyat untuk ditawan pada pilihan raya umum akan datang. Setiap parti dari Pakatan Rakyat (KEADILAN, Pas dan DAP) telah melancarkan program gerak tawan negeri Johor melalui program berkala parti masing-masing.

Sebagai segmen penting dalam konteks ‘peperangan maklumat’ dan propaganda, maka angkatan blogger, wartawan masyarakat, sukarelawan dan biro-biro penerangan parti Pakatan Rakyat berperanan untuk menyebarluas maklumat mengenai program- program, kenyataan pimpinan, isu semasa dan tawaran dari negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.


Menyedari hakikat bahawa ketika ini di negeri Johor agak ketnggalan dan masih terdapat ruang-ruang yang boleh ditambah nilai, maka Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor merasakan suatu program bagi melatih, mengasah dan mempertajam peranan blogger di negeri Johor adalah amat penting dan perlu disegerakan.


Antara pihak yang terlibat langsung dalam penganjuran program Himpunan Blogger Rakyat Johor ialah Angkatan Muda KEADILAN Negeri Johor, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Unit Amal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), aktivis, sukarelawan dan penyokong Pakatan Rakyat.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.