Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN menipu tak habis-habis



14/10/11

27,293 warganegara asing disyaki bakal undi Umno-BN

KUALA LUMPUR: Jumlah sebanyak 27,293 warga asing yang diterima menjadi warganegara Malaysia sejak 2008 disyaki usaha kerajaan menjadikan mereka pengundi pada Pilihanraya Umum akan datang.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, jumlah itu merupakan angka yang cukup besar bagi negara seperti Malaysia.

“Kami mengesyaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilihanraya ke-13,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, dalam keadaan rakyat negara ini menghadapi kesempitan hidup, warga asing seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana mudah menjadi warganegara.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga Ogos 2011.

Pada hari yang sama, Pemuda Pas berjaya mengesan satu operasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang selasa lalu.

Operasi itu melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya.

Menurut Suhaizan, daripada maklumat yang diperoleh, warga asing itu dihantar ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka sebagai warganegara.

“Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali,” ujarnya.

Menurutnya, selepas pihaknya mengeluarkan maklumat itu, arahan dibuat agar pemandu bas berkenaan membawa penumpangnya ke sebuah resort.

Justeru itu katanya, Pemuda Pas mahu pihak Kementerian Dalam Negeri khususnya Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussein menjelaskan perkara-perkara berikut:

-Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok ? Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara secara berkelompok

-Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan? Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita ?

-Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara ?

-Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort ? Apakah istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa sedemikian rupa?

-Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju ? Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.