Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bukan boyfriend Kavita Kaur. Bukan penerima Foot in Mouth Award

Dia tak cakap kurang ajar. Otak dia tak letak kat tempat taik dia keluar. Kaki dia tak tersumbat dalam mulut dia. Bukan macam seekor dua yang lain. Depa tu memang layak sangat-sangat menerima Foot in Mouth Award.

Dia cakap pakai otak. Kalau orang cakap pakai otak, saya akan sanjung dan iktiraf. Saya bukan berkira sangat nak puji orang, walaupun orang tu Umno, walaupun orang tu orang bangsawan. Walaupun orang pembangkang geli nak dengar, dalam beberapa hal, saya puji dan sanjung pandangan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya berwasapada. Maklumlah, ada anak raja negeri asal saya, Perak, yang dulunya bila dia bercakap, saya hormat pemikiran dia. Sekarang, saya tak nak baca apa dia kata. Kalau keluar dalam TV, cepat-cepat saya tutup TV atau mintak tolong anak isteri saya tutup TV. Meluat sangat-sangat! Nak-nak kalau dia kononnya "menitiskan air mata". Eeeeeeeee!!!

Saya berwaspada. Anak raja Negeri Sembilan tu, negeri asal dan kelahiran orang rumah den, masih muda dan idealistik lagi. Agaknya, otak dia belum lagi dikotorkan oleh parti makan babi (Dr Mahathir kata, makan rasuah macam makan babi). Otak mereka yang dah dinajiskan parti makan babi, tak payahlah kita nak ambil pot.

Meskipun saya berwaspada, saya tetap menyanjungi pemikiran Tunku Zain al 'Abidin Muhriz (yang pakai pakaian macam warna brown dalam gambar di atas tu). Dan, saya berharap dia terus mempunyai pemikiran yang saksama dan waras. Maklumlah dia bukan boyfriend Kavita Kaur. Dia juga bukan penerima Foot in Mouth Award.

Berita berkaitan:
Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas

(Malaysiakini 13/10/11): Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negri Sembilan.

Dalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Negri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.

Aziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.

Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu. [Baca berita penuh]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.