Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP gugur gantung keahlian Manoharan

October 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Okt — DAP menggugurkan hukuman menggantung keahlian enam bulan dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M Manoharan bulan lalu ekoran kenyataannya berkaitan Jalur Gemilang.

“Jawatankuasa disiplin telah mengetepikan (hukuman menggantung) dan digantikan dengan teguran tegas selepas mengambil kira kekesalan dilahirkan oleh  Manoharan dengan memohon maaf dan mengeluarkan komen di Facebook dengan segera,” kata parti itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada 23 September lalu, jawatankuasa disiplin telah menggantung keanggotaan  Manoharan selama enam bulan berhubung kenyataannya bahawa Jalur Gemilang perlu ditukar.

Manoharan (gambar) dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.