Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DARI DULU LAGI BERSIFAT BOROS





Kerajaan ‘boros’ iri hati Belanjawan Pakatan
 
Posted on Wednesday, October 12 @ 18:59:25 PDT by paktam


Oleh SAFAR JUMAAT
 
TIDAK ada sesiapa yang perlu terkejut bila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeji dan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYZrqeEHoOrpj2X0ZDY5TwdgWlPr2nLQlvhsehfEwbwCtWQ8IxXTCShhA_xqGa_ii4XuHwsRUSbpJo8NGlVzzM0yZr1QQsv-BKI0M-4R2IkRY2wFD7OC1T4EKXDVXAn_mTucOQvvh2GdnA/s200/fe5be0dd1d1d4c5b21c19619e60b5d99_S.jpgmenghina Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, beberapa hari sebelum Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ini disebabkan Dr Mahathir tentulah terpukul dengan sindiran Anwar yang menyifatkan 13 tahun sejak 1998 hingga kini, apabila Kementerian Kewangan diterajui Perdana Menteri, termasuklah Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Najib sendiri.


Apa tidaknya, Anwar menyebut Bank Negara sudah mengesahkan hutang negara berjumlah RM437 bilion dan dijangka akan menjadi RM577 bilion bersandarkan KDNK 33 peratus sepanjang tahun-tahun tersebut.

Tabiat berhutang dan menambah hutang ini memang menjadi amalan pemerintah. Mereka yang memegang tampuk kuasa tidak merasakan apa-apa jika bebenan hutang mereka tinggalkan, seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika “melepaskan Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor” kepada Pakatan Rakyat.

Hari ini, mereka masih boros berbelanja, kerana mereka merasakan hutang ini tidak menjadi hutang personal sesiapa malahan, defisit yang semakin bertambah juga tidak pernah menjadi sesuatu yang merisaukan mereka.

Itulah sebabnya, apabila belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar lebih kepada usaha memperbaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah dek kerana keborosan, rasuah dan perbelanjaan yang tidak berhemah.

Apa sebenarnya yang Dr Mahathir risaukan jika Belanjawan Pakatan Rakyat ini baik dan berguna untuk menjadi perbandingan dengan Bajet 2012 yang dibentangkan Najib? Jika ia tidak berguna langsung, kenapa harus gusar dan risau.

Betul, apa yang Anwar bentangkan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan kerana Pakatan Rakyat tidak memerintah negara ini. Tetapi idea yang baik yang dicurahkan, sebenarnya tidak memberi apaapa kesalahan untuk diambil dan diguna pakai.

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, mustahil Anwar tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk membuat suatu Belanjawan yang sudah berkali-kali dibentangkannya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Malangnya, di Malaysia, dalam keadaan BN semakin lemah, mereka memilih untuk menghina dan mengutuk dengan kata-kata yang seoleh-olah tiada yang baik jika ia datang daripada Pakatan Rakyat sedangkan, ia sepatutnya dibincangkan untuk kesejahteraan rakyat.

Ramai juga yang tertawa dengan komen daripada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Chandra Muzafar terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat ini kerana, sejak meninggalkan parti ini, Dr. Chandra Muzafar hanya dapat melihat kebaikan itu datangnya daripada BN sahaja dan tidak daripada oposisi.

Begitu juga komentar dari beberapa ilmuan yang bernaung di menara gading, mereka memberi ulasan demi menjaga periuk nasi dan tidak dapat melihat sesuatu yang putih itu sebagai bersih dan sesuatu yang hitam itu, sebagai menawan.

Mereka sudah juling melihat kebersihan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka sudah tidak nampak apa-apa kebaikan, demi menjaga periuk nasi mereka dan dapur tetap berasap.

Malanglah bagi rakyat yang ingin berkongsi pendapat dalam hal ini kerana mereka tidak diajak berbincang untuk mencari sesuatu yang baik.

Untuk mendengar Dr Mahathir mengatakan positif terhadap apa yang Anwar perkatakan, samalah seperti kita menunggu kucing bertanduk.

Begitu juga, untuk mendapat sokongan daripada Dr Chandra Muzafar tentulah tidak akan berlaku jika ianya dibawa oleh Anwar Ibrahim.

Malangnya, kedua-dua orang yang bergelar doktor ini seakanakan bersendirian dalam perkara ini dan suara mereka hanya disiarkan jika ada akhbar arus perdana yang mahukan sesuatu isu itu dikutuk. Jika tiada isu yang perlu dikutuk, kedua-dua mereka ini jarang diberikan tempat istimewa di dada akhbar arus perdana.

Sementelah mereka ini sukakan glamour dan publisiti, maka mereka seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka akan bercakap sesuka hati mereka dalam isu-isu terpilih yang mereka dikehendaki bercakap.
Sampai begini teruk rupanya untuk mencari publisiti dalam hidup ini. Semua perkara mahu dipolitikkan dan yang penting, jika kenyataannya itu dilihat sebagai kenyataan yang boleh memberi sanjungan kepada mereka yang sedang memerintah.

Apakah mereka tidak nampak sedikit pun cadangan dalam Belanjawan tersebut sebagai baik? Tentulah jawapannya mustahil kerana sebagai parti politik, Pakatan Rakyat tentunya mahu memenangi hati rakyat ketika mereka menyediakan Belanjawan tersebut.

Mustahil mereka menyiapkan Belanjawan untuk dibentangkan dengan tujuan mencari kebencian rakyat. Mereka juga mahu mencari keuntungan politik dan tentulah mereka menyediakannya untuk difikirkan oleh rakyat terbanyak.

Gabungan PAS, KeADILan dan DAP sebenarnya sedang bertanding dengan BN. Jadi, seboleh-bolehnya mereka akan buat sesuatu yang lebih baik dari apa yang BN buat dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan kerana mereka tidak mahu kehilangan sokongan rakyat.

Begitu juga dengan perjuangan Pakatan Rakyat menentang rasuah, kronisme dan pelbagai bentuk penyelewengan. Mustahil mereka berpura-pura menentang semua ini kerana mereka tahu rakyat sudah lama menolak rasuah dan kronisme tetapi BN masih membiarkannya untuk terus berlaku.

Dr Mahathir dan Dr Chandra Muzafar akan menjadi ejen mempercepatkan BN tumbang jika mereka berterusan mengamalkan sikap mengampu dan tidak nampak sesuatu itu baik, jika ia datang dari Pakatan Rakyat. 

Hari ini, apabila rakyat membandingkan apa yang dibentangkan oleh Anwar dan apa yang dibacakan oleh Najib, tentulah mereka boleh berfikir, yang mana satu yang terbaik untuk Malaysia terus mengharungi suasana ekonomi yang semakin mencerut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.