Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gantung bukan hukuman tapi bela diri ? Selepas bela diri baru digantung atau dipecat ?

 Huuuuu ! Alah ! Jenayah berlaku didalam kampus ke diluar kampus ? Nampaknya tak cukup polis mengambil keterangan  yek ? Semacam ada udang disebalik batuuuu !


Ramai yang tak tahu maksud gantung ? HANG TO DEATH !

Rektor UIAM: Penggantungan Dr.Aziz Bari, Bukan Satu Hukuman Tetapi Beliau Peluang Dia Bela Diri

KUALA LUMPUR - Penggantungan khidmat pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari semalam, bukan suatu hukuman sebaliknya bagi memberikan peluang kepada beliau membela diri dalam tempoh ditetapkan.

Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin (foto) berkata, penggantungan itu dibuat bagi memberikan Abdul Aziz masa yang secukupnya untuk menjawab surat tunjuk sebab atas kenyataannya sebelum ini berhubung titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama. "UIAM dikecam kerana menggantung beliau (Aziz Bari), tetapi ramai yang tidak tahu maksud 'gantung' itu sendiri. Kami bukan menghukum Aziz Bari, tetapi memberi peluang kepadanya untuk membela diri.

"Kalau Aziz Bari memberi penjelasan yang kukuh mengenai kenyataannya terhadap baginda, pihak universiti tidak akan ambil tindakan lanjut. Tetapi, jika didapati alasan beliau tidak kukuh, kami akan membawa kes ini ke tribunal universiti," kata beliau hari ini.

[Kenyataan Rektor UIAM ini mungkin boleh sedikit meredakan keadaan. Namun, sesuatu yang perlu diambil perhatian ialah tindakan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tidak membenarkan Profesor Dr.Aziz Bari dari memasuki pejabatnya di kampus UAIM Gombak.

Malah kad aksesnya juga harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti berdasarkan arahan yang telah dikeluarkan. Maknanya, ia tidak menggambarkan yang Aziz Bari digantung untuk membela diri. Sebaliknya apa yang berlaku seolah-olah dia sudah didapati bersalah dalam hal ini.

Ia sama dengan kes melibatkan Anwar Ibrahim dulu yang terus dipecat biar pun kes beliau masih disiasat dan dia tidak pun didapati bersalah lagi oleh mahkamah. Kini, ramai yang yakin bahawa Aziz Bari pasti akan dipecat dari UIAM sebenarnya. Inilah yang akan berlaku kepada beliau bila gagal mengikut aspirasi kerajaan. Jalan terbaik ialah dia ikut arahan agaknya].

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.