Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Himpunan melawan arus gejala murtad

Pemuda sokong sertai Himpunan Sejuta Umat, pendirian PAS malam ini

October 18, 2011
 
KUALA LUMPUR, 18 Okt — 

Sementara PAS Pusat hanya akan mengadakan mesyuarat khas malam ini membincangkan penyertaan dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun), sayap pemuda itu menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.

Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan (gambar) berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.

“Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Nasrudin menambah, “semoga himpunan tersebut berjaya mencapai matlamat dan menepati objektif yang digariskan bersama berkat dan rahmat Allah.” “Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua NGO Islam yang terlibat.

“Kami Pemuda PAS senantiasa bersama anda semua dalam meneruskan cita-cita perjuangan Islam dan mempertahankan akidahnya di bumi bertuah ini,” katanya lagi.

Menurut Nasrudin, Himpun hasil gabungan besar yang mencecah 1,000 NGO Muslim adalah julung kali dianjurkan di negara ini, bakal menyatukan pelbagai lapisan umat Islam.

Semalam, PAS Selangor berkata akan hanya menyokong Himpunan Sejuta Umat jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Dr Rani, yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

“Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.
“Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain,” kata beliau dipetik laporan media.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.