Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISA SAMAD SALAH GUNA KUASA ?

FELDA: Salahguna Kuasa dan Rampasan Jawatan, Laporan Polis dibuat Terhadap Isa Samad

Laporan Polis Terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad
13 Oktober 2011



 
Laporan ini dibuat terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi FELDA kerana telah menyalahgunakan kuasa serta merampas jawatan Pengerusi Permodalan Felda Malaysia Berhad dari pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab secara tidak sah dan semasa Datuk Dzulkifli Wahab berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.
 
Semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab, Tan Sri Mohd Isa Samad telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Felda Malaysia Berhad (KPF) pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa Samad telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF secara bertentangan dengan Undang-Undang dibawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat diri sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa Datuk Dzulkifli menunai Umrah di Mekah.

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memilikiekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melaluiKPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Tan Sri Mohd Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi PKF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membukakan keahliannya hanya kepada Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau kakitangan tetap Felda. Kedudukan Isa Samad didalam Felda adalah bertaraf kontrak. Perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan Undang-Undang Koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan keatas diri sendiri.

KPF merupakan salah sebuah daripada 10 buah koperasi cemerlang yang menjadi contoh, menjadi koperasi contoh yang berjaya memberikan dividen yang tinggi diatas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelola dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya. Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah satu pengkhianatan kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad dan laporan ini dibuat supaya Tan Sri Mohd Isa Samad disiasat kerana melanggar undang-undang Koperasi dan menyalahgunakan kuasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.