Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA BENAR MAKA RAKYAT AKAN BAYAR, TUNGGU BARANG NAIK LAGI

Malaysia bakal lewati had hutang, Anwar cabar Najib debat

October 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kritikan Datuk Seri Najib Razak yang melabel Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat” adalah sesuatu yang dangkal.

Malah Anwar (gambar) berkata, kenyataan itu membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.

Sehubungan itu Ketua Pembangkang berkata, beliau mempelawa Najib berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.

“Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada 2010, saya sudah pun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia.

“Sewajarnya Datuk Seri Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut,” kata beliau.

Bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan ini berkata kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang.

Antara peruntukan tersebut adalah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Pindaan 2004) dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK Negara.

“Manakala Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Pindaan) mengehadkan pinjaman luar negeri pada RM35,000 juta pada sesuatu masa.

“Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal,” kata beliau sambil berkata, “amalan ini, malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi.”

Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan, katanya.

Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan, tambah beliau.

“Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Datuk Seri Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum,” katanya.

Menurut Anwar, laporan terkini Bank Negara menunjukkan hutang negara kini berada pada RM437,000 juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM421,000 juta hutang tempatan dan RM16,000 juta hutang luar negara.

Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara, sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang,  yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM 33,000 juta.

“Oleh itu berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi 2011 dan defisit RM46,000 juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012,” kata Anwar lagi.

Menurut beliau, rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihan rayanya.

“Oleh itu debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihan raya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara.

“Akan tetapi sekiranya Datuk Seri Najib Razak merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minimum sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.