Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PINDAH 20% BOLEH TAWAN SELANGOR

PAS dakwa kesan sindiket daftar warga asing dari Johor di Selangor

October 12, 2011
BANGI, 12 Okt PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.

“Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor),” katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.

Bas yang bergerak dari Johor sekitar pukul 12 malam itu dikesan di Masjid Putrajaya, dipercayai berhenti untuk menunaikan solat subuh.

“Ketika mereka sampai di Putrajaya untuk berhenti solat subuh, saya dapat maklumat terdapat beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjumpa warga asing ini, apa motif mereka?” katanya.

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman, yang turut hadir ketika sidang media, beliau menerima maklumat daripada seorang sumber, yang mengakui dirinya merupakan pemandu bas pada pukul 12 malam tadi.

“Sumber itu memberitahu, dia sedang dalam perjalanan dari Johor ke Putrajaya dan membawa warga asing untuk didaftarkan sebagai pengundi di Selangor,” jelasnya.

“Melalui perbualan antara warga asing itu, pemandu bas terbabit mengetahui mereka akan menerima kad pengenalan hari ini, oleh kerana tidak mahu terlibat dengan kegiatan itu, dia menghubungi saya,” kata Mazlan.

Merasakan operasi mereka telah dihidu, sindiket itu kemudiannya memindahkan operasi ke sebuah resort dekat sini dan melakukan operasi pendaftaran di Kg Bukit Dugang.

“Percanggahan kenyataan antara penganjur dan pemilik resort membuktikan terdapat pembohongan, penganjur memberitahu mereka menjalankan kursus  untuk warga asing dan telah menempah resort tersebut sejak tiga minggu lepas,” ujarnya.

Namun, pemilik resort berkata rombongan warganegara asing itu baru sampai tengah tadi dan mereka diminta dengan tergesa-gesa oleh penganjur agar menyediakan makanan,” katanya menjelaskan situasi yang berlaku.

Beliau dan beberapa ahli PAS kemudian memasuki kawasan resort dan mendapati warga asing ini diberikan satu dokumen lengkap oleh ejen dipercayai untuk didaftarkan sebagai warganegara.

“Sebaik menyedari kehadiran kami, pemilik kemudiannya mengunci pintu pagar dan kawasan resort tiba-tiba lengang,” ujarnya menceritakan situasi berkenaan.

Pemandu bas pula dinasihatkan anggota polis supaya meninggalkan lokasi berkenaan. Tinjauan The Malaysian Insider yang berada di lokasi kemudian mendapati bas-bas yang mengangkut mereka kembali semula sekitar pukul 4 petang.

“Ini bukan soal kalah menang pilihan raya, sebaliknya merupakan pengkhianatan kepada negara kerana kerakyatan itu diberi secara bebas demi menawan kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat,” katanya dengan tegas.

Sehubungan itu, pihaknya sudah menghubungi ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan mereka akan mengadakan satu sidang media di Parlimen esok.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.