Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHASISWA UIA AKAN BANGKIT



Jika Aziz Bari dipecat dari UIA,mahasiswa akan bangkit!

Posted on Thursday, October 20 @ 10:48:54 PDT by abu_uwais
 
 
Oleh anak_muara

"Isu kontoroversi yang melibatkan Pakar Perlembagaan serta pensyarah UIA iaitu Prof Dr Aziz Bari dalam beberapa pendangan kritikal beliau terhadap segala dasar institusi kerajaan telah membawa beliau menerima surat tunjuk sebab dan dilarang menjejakkan kaki ke UIA.Isu ini telah mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak khususnya para penuntut di UIA mahupun tempiasnya akan merebak kepada IPTA dan IPTS di seluruh negara.

Tindakan yang diambil oleh UIA terhadap Aziz Bari dianggap satu penghinaan terhadap ahli akademik dan seolah-olah ada tangan yang mengarahkan tindakan tersebut.Sikap Prof Aziz Bari sejak 3 tahun ini sering memberikan kritikan yang terbuka dan kritikal terhadap tindak tanduk kerajaan dalam beberapa isu yang melibatkan dasar perlembagaan negara.Kelantangan beliau telah membawa beliau diambil tindakan oleh pihak pengajian UIA.Namun sebagai seorang tokoh akademik beliau tidak pernah ragu-ragu melemparkan kritikan berdasarkan ilmu pengetahuan yang beliau dalam dalam bidang yang berkaitan.

Jika pihak UIA menghukum profesor kanan itu sehingga membawa kepada pemecatan beliau selaku pensyarah di UIA maka percayalah satu gelombang kebangkitan besar akan berlaku terhadap para mahasiswa dan mahasiswi di seluruh negara yang akan menganggap bahawa pihak UIA dan kerajaan menzalimi Aziz selaku seorang tokoh akademik di sebuah universiti yang begitu terkenal di Malaysia mahupun antarabangsa.

Seandainya Aziz menerima hukuman yang berat di atas tindakannya dalam mengeluarkan pandangan yang dianggap tidak beretika kepada pihak kerajaan maka akan berlakulah satu kebangkitan di pihak mahasiswa yang kedua selepas kebangkitan reformasi 1998 dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO dan kerajaan.Sudah tentunya PRU-13 akan menjadi tempat melepaskan rasa tidak puas hati seluruh penuntut pengajian tinggi kepada pihak kerajaan UMNO-BN gerhadap apa yang dilakukan terhadap Aziz Bari."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.