Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MATI JUGA KAU YEK ?

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terbunuh

TERKINI @ 12:14:24 AM 21-10-2011
October 20, 2011
Rakaman video menunjukkan Muammar Gaddafi yang cedera parah ditemui mati di kawasan Sirte. — Foto Reuters
TRIPOLI, 20 Okt Bekas pemimpin Libya Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah negara itu selama 42 tahun, ditemui terbunuh di lokasi beliau bersembunyi di Sirte hari ini. 
 
Dalam pada itu, seorang anak Muammar, Mo’tassim dibunuh oleh pejuang-pejuang dari Majlis Peralihan Nasional (NTC) manakala seorang lagi Saif al-Islam, yang cuba melepaskan diri dari bandar terbaru yang jatuh, Sirte telah dikepung, demikian menurut pegawai majlis itu hari ini.

“Mo’tassim dibunuh oleh pejuang-pejuang,” kata pegawai NTC Abdel Majid Mlegta kepada Reuters.

“Saif al-Islam cuba untuk meninggalkan Sirte dalam kovoi yang kecil. Tentera kami telah mengepung dia,” katanya.

Perdana Menteri NTC Mahmoud Jibril berkata pengerusi majlis itu akan mengisytiharkan negara itu telah bebas daripada penguasaan dan kepimpinan Muammar secara rasmi sama ada hari ini ataupun esok.

“Mustafa Abdel Jalil akan tampil hari ini atau selewat-lewatnya esok, untuk mengisytiharkan kebebasan negara (Libya) dan akan memberikan butiran khusus mengenai pembunuhan Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media hari ini.

Libya jatuh ke tangan pejuang anti-Muammar dua bulan lalu selepas kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini. - Reuters

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.