Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSLIHAT CILAKA

YANG ANIHNYA INDONESIA KATA MALAYSIA RAMPAS TANAH SEMPADAN INDONESIA LALU RAKYAT INDON TUNJUK PERASAAN KAT DUTA MALAYSIA DI JAKARTA,  DALAM MASA YANG SAMA MEREKA HANTAR RAKYATNYA BERKURSUS USHAWAN KAT MALAYSIA, KEMUDIAN MLAYSIAPUN BAGILAH MEREKA BERKURSUS, LALU PEMUDA PAS PUSING KEPALA, IYA KE TAK ? POKOKNYA MUNGKIN ADA LAKONAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN INDONESIA, APA BENER PAK ? JIKA BENER NANTI RAKYAT INDON DI MALAYSIA NANTI AKAN KAMI POTONG-POTNG BUAT UMPAN BUAYAK !

MP Indonesia mahu ‘tindakan luar biasa’ selesai isu tanah

October 14, 2011
Anifah berkata Malaysia dijadikan mangsa dalam perlagaan politik Indonesia. — Foto Reuters
 
KUALA LUMPUR, 14 OktAhli-ahli Parlimen Indonesia memutuskan untuk mengadakan satu pemeriksaan bagi menentukan kedudukan penanda di kawasan sempadan Kalimantan, yang memisahkan Sabah dan Sarawak, susulan protes di Kedutaan Malaysia di Jakarta ekoran dakwaan kononnya Malaysia telah merampas lebih 1,400 hektar tanah republik itu. 
 
 
Parlimen Indonesia meluluskan pemeriksaan dijalankan berhubung penanda di sempadan Borneo oleh suruhanjaya pertahanan dan hal ehwal dalam negeri, semalam.

“Saya telah meluluskan satu kunjungan diadakan oleh Suruhanjaya I dan II untuk mengesan kawasan sempadan yang tiada penanda (sempadan) sedangkan ia sepatutnya diletakkan.

“Kami akan meminta kerajaan agar mengambil langkha-langkah luar biasa untuk melindungi negara. Kami tidak akan menerima hujah bahawa ini bukan isu penting,” kata seorang timbalan speaker Dewan Perundangan Priyo Budi Santoso dipetik Jakarta Globe.

Dalam kejadian terbaru tengah hari semalam, sekumpulan 650 orang dari kumpulan dikenali Forum Betawi Rempug (FBR) mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia sehingga menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal.

Penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,400 hektar secara haram di Kalimantan Barat, setelah ia dibangkitkan di Parlimen Indonesia awal minggu ini.

Dakwaan di Parlimen itu bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri Indonesia kerana ia tidak berasas.

Semalam, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan demonstrasi di Kedutaan Malaysia adalah disebabkan oleh permainan politik murahan oleh pembangkang di negara itu.

Beliau berkata isu sempadan Malaysia-Indonesia yang merupakan punca rusuhan itu tidak seharusnya timbul kerana tiada pencerobohan yang berlaku di kawasan terbabit, dan ia merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab oleh ahli Parlimen yang terlibat.

“Kita cuma menjadi mangsa kerana sasaran itu bukan kita tetapi adalah politik di Indonesia dan mereka menggunakan Malaysia sebagai alasan dan ini adalah politik yang saya anggap murahan dan tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebuah negara yang berdaulat iaitu Malaysia.

“Saya mengesyorkan dan meminta ahli-ahli Parlimen yang membuat tuduhan-tuduhan liar itu supaya memberhentikannya oleh kerana mereka tidak akan mengetahui tentang implikasi negatif dan besar akan berlaku sekiranya ianya berterusan,” katanya.

Anifah berkata sekiranya berlaku perubahan sempadan tanpa sengaja atau dibuat oleh individu-individu tertentu, ia bukanlah masalah kerana pasukan peninjau dari kedua-dua negara akan bekerjasama turun ke kawasan berkenaan untuk menetapkan batu perbatasan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.