Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG YANG MURTAD TIDAH FAHAM APA ITU MURTAD


Wednesday, 12 October 2011

Keadaan semakin parah dan KRONIK!




Keadaan semakin parah dan KRONIK! Itu yang boleh diungkapkan apabila berbicara tentang isu murtad ini. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, terdapat empat golongan yang menjadi tumpuan utama kumpulan pendakwah Kristian yang sedang bergiat aktif di Selangor:
      1. Golongan miskin
      2. Golongan Anak Muda
      3. Pesakit Kronik
      4. Golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

Tapi rasanya ada lagi golongan-golongan yang menjadi menjadi tumpuan juga sebagai contoh:

      1. Ibu Tunggal
      2. Pelajar-pelajar sekolah terutama di Bandar
      3. Pelajar-pelajar Universiti di Kota Metropolitan
      4. Anak-anak di sekolah tadika di bandar

Semakin hari dapat dilihat gerakan kumpulan pendakwah Kristian ini mencari ruang dan peluang untuk menambah bilangan golongan yang murtad. Dulu ada OPS Masih Ada Yang Sayang.. Tetapi sekarang iaitu Unit Selamatkan Aqidah (USA). USA diharap bukan sahaja memberi ceramah semata-mata tetapi beroperasi bagi memastikan keselamatan aqidah generasi muda kini yang cetek pengetahuan agama. 
 
“Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan itu akibat kesempitan hidup dan sukar mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,” kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Oleh sebab itu, antara perkara atau aktiviti yang perlu diambil berat dan peranan individu dan organisasi dalam menangani isu ini ialah:

   1. Didikan agama perlu disemai sejak kecil lagi menerusi kegiatan keagamaan dan mendekatkan diri serta  keluarga dengan aktiviti di surau-surau dan masjid.
 
   2. Pemantauan teknologi internet harus sentiasa diambil berat agar anak-anak muda tidak terpengaruh untuk menonton laman-laman web yang bersifat lucah yang menjadi trend di masa kini oleh kebanyakan golongan remaja. 
 
   3. Pergaulan juga harus dikawal agar batas-batas perhubungan di antara bukan muhrim sentiasa diingatkan bagi mengelak punca berlakunya maksiat.   

Harus diingat bahawa kumpulan ini 
menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus - sinarharian
 
Pak Karamu
Para pemimpin Pandai bercakap tentang murtad, orang yang akan dimurtadkan tak tahu apa itu murtad dan tiada faham mereka ilmu murtad kerana tak pernah diajar atau diasuh tentang ilmu murtad

Adilkah kita menuding jari terhadap mereka ? Mengapa para pemimpin tidah mencari jalan bagaimana hendak menyampaikan ilmu akidah terhadap mereka supaya tidak mendekati murtad tersebut ! 

Agama Islam memberikan keutamaan terhadap ilmu akidah supaya umat islam tidak mudah dipengaruhi dengan gejala murtad akan tetapi para pemimpin tidak mahu mengambil tahu ilmu tersebut dan menyampaikannya  kepada rakyat

Apabila ada rancangan untuk memurtadkan umat islam maka para pemimpin bingkas dengan nada yang tinggi seolah-olah merekalah pejuang memelihara umat dari dimurtadkan, sebab itu apabila para pemimpin bercakap tentang murtad maka mereka sepatutnya adil terhadap mangsa murtad, lain kali pakai akal bila bercakap adalah lebih baik dari pakai otak

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.